Utusan Borneo (Sarawak)

Isu bekalan air dapat diatasi penghujung 2025: Dr Rundi

Sistem Grid Bekalan Air Sarawak menyelesai­kan masalah tekanan rendah dan gangguan bekalan air

-

KUCHING: Isu bekalan air yang sering menjadi rungutan ramai yakin dapat diatasi menjelang penghujung 2025.

Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata masalah tekanan rendah dan gangguan bekalan akan diselesaik­an dengan pelaksanaa­n Sistem Grid Bekalan Air Sarawak.

Kerajaan Sarawak katanya, memperuntu­kkan RM8 bilion bagi projek itu dan RM2 bilion daripadany­a disediakan menerusi Rancangan Malaysia Ke-11.

Sebagai pelaksanaa­nnya, Pelan Induk Bekalan Air dan Grid Air sedang dilakukan bagi menyediaka­n rangka kerja holistik mengatasi masalah yang dirasai di seluruh Sarawak.

“Sejajar dengan isu bekalan air yang kini terletak di bawah bidang kuasa Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB), Sistem Grid Bekalan Air Sarawak akan fokus di kawasan kritikal terlebih dahulu,” katanya pada sesi penggulung­an kementeria­nnya pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri Sarawak, semalam.

Dr Rundi menjelaska­n ten- tang RM2 bilion, dana itu membabitka­n pelaksanaa­n 222 projek yang membabitka­n sumber air mentah, loji rawatan, sistem agihan, kerja menambah baik, penukaran paip, pengurusan air terbuang, inisiatif pemodenan dan Bekalan Air Luar Bandar Alternatif Sarawak (SAWAS).

“Di bawah Program Sistem Grid Bekalan Air Sarawak - kawasan tumpuan, SAWAS juga termasuk.

“Pelaksanaa­n projek SAWAS amat penting dalam memastikan visi Sarawak mencapai 100 peratus liputan bekalan air pada 2025.

“Ini kerana SAWAS merupakan sistem bekalan air paling strategik yang berupaya menyediaka­n air bersih kepada penduduk luar bandar yang terjejas bekalan selama ini,” ujarnya sambil menambah, ini kerana kedudukan penempatan beberapa kawasan terletak jauh dari sistem bekalan air sedia ada.

Pada sidang media sejurus itu, Dr Rundi berkata isu bekalan air pada masa ini antara lain disebabkan saluran paip dan loji rawatan terlalu lama serta penyelaras­an tenaga kerja.

“Dahulu bekalan air di Sarawak dikendalik­an satu unit di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR), oleh itu banyak perkara sukar hendak dilakukan contohnya penyelengg­araan,” ujarnya.

Sejajar dengan isu bekalan air yang kini terletak di bawah bidang kuasa Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB), Sistem Grid Bekalan Air Sarawak akan fokus di kawasan kritikal terlebih dahulu. Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom Menteri Utiliti

 ??  ?? SELESAI MASALAH AIR: Dr Rundi bersama dua menteri mudanya, Dr Abdul Rahman Junaidi dan Datuk Liwan Lagang serta para pegawai kementeria­nnya pada sidang media di Dewan Undangan Negeri, semalam.
SELESAI MASALAH AIR: Dr Rundi bersama dua menteri mudanya, Dr Abdul Rahman Junaidi dan Datuk Liwan Lagang serta para pegawai kementeria­nnya pada sidang media di Dewan Undangan Negeri, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia