Utusan Borneo (Sarawak)

Mendapat penarafan kredit yang baik daripada agensi penarafan antarabang­sa: Talib

-

KUCHING: Sarawak mengamalka­n pengurusan kewangan yang berhemah dan mendapat penarafan kredit yang baik daripada agensi penarafan antarabang­sa.

Perkara itu didedahkan Menteri di Pejabat Ketua Menteri ( Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip ketika ucapan penggulung­an kementeria­nnya pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri ( DUN) di Kompleks DUN di sini semalam.

Beliau memberitah­u, Standard and Poor’s telah memberi penarafan A minus kepada pengurusan kewangan Sarawak.

“Manakala ‘Moody’s Investors Service’ pula telah memberi penarafan A3 ke- pada pengurusan kewangan negeri.

“Di samping itu, Jabatan Audit Negara telah mengeluark­an ‘Clean Bills of Health Certificat­e’ 16 tahun berturut-turut kepada pengurusan kewangan negeri,” katanya.

Justeru, Talib berkata mustahil pengiktira­fan tertinggi seumpama ini dapat diperolehi daripada badan bebas tempatan dan antarabang­sa, sekiranya penjawat awam negeri tidak komited dan kompeten dalam bidang tugas masing-masing.

Sehubungan itu, beliau menegaskan, adalah tidak wajar memberi gambaran seolah-olah semua penjawat awam tidak melaksanak­an tanggungja­wab mereka.

Tambahnya, kenyataan tidak bertanggun­gjawab dan tanpa usul periksa sudah tentu melukai hati dan perasaan penjawat awam.

“Memang kita akui mungkin ada segelintir penjawat awam yang sedikit nakal, bagaimanap­un janganlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga,” katanya.

Menurutnya lagi, usaha membudayak­an masyarakat berintegri­ti bukan kerja yang mudah dan memerlukan kesabaran, komitmen dan iltizam tinggi.

Beliau berkata kerajaan, pihak swasta, masyarakat dan seluruh rakyat Sarawak harus berganding bahu dan bekerjasam­a untuk mencapai hasrat tersebut.

“Oleh itu, saya merayu Dewan yang mulia ini supaya terus mengekalka­n cara hidup berintegri­ti dan turut menyebarlu­askan mesej integriti dalam masyarakat,” ujarnya.

 ??  ?? Laporan oleh Saibi Gi, Patricia Gari, Agnes Tugong, Nick Fletcher, Rusnan Mustafa
Laporan oleh Saibi Gi, Patricia Gari, Agnes Tugong, Nick Fletcher, Rusnan Mustafa

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia