Utusan Borneo (Sarawak)

ADUN pembangkan­g Sarawak harus bersyukur dengan geran MRP diberi

-

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkan­g di Sarawak harus bersyukur dengan geran projek kecil luar bandar (MRP) yang diberikan oleh Kerajaan Sarawak kepada mereka, tanpa meminta lebih-lebih.

Menurut Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, ia kerana wakil rakyat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) itu akan menerima geran MRP yang lebih besar berbanding dengan ADUN pembangkan­g di negeri-negeri lain.

“Saya dimaklumka­n bahawa geran MRP yang akan diberikan Kerajaan Sarawak kepada pembangkan­g di Sarawak adalah lebih besar berbanding dengan jumlah yang diberikan oleh kerajaan negeri yang ditadbir Pakatan Harapan (PH).

“Misalnya di Johor, kerajaan negerinya hanya memberikan sebanyak RM50,000 kepada YB (Yang Berhormat) daripada UMNO,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Kompleks Dewan Undangan Neg- eri (DUN) di sini, semalam yang turut dihadiri beberapa ADUN daripada DAP.

Terdahulu, Karim berkata Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sudah bersetuju untuk menyediaka­n geran tersebut, yang selama ini tidak pernah diberikan kepada ADUN pembangkan­g.

Bagaimanap­un, pemberian geran tersebut yang dijangka mula diberikan tahun ini, belum lagi diumumkan secara rasmi dengan jumlahnya juga belum diketahui.

Baru- baru ini, ADUN daripada PKR dan DAP Sarawak ketika mengadakan kunjungan hormat terhadap Ketua Menteri di pejabatnya di Kompleks DUN telah memohon agar Kerajaan Sarawak memberikan geran MRP kepada mereka.

 ??  ?? MESRA: Karim bersalaman dengan ADUN Pelawan (DAP) David Wong selepas sidang media di kompleks DUN di Kuching, semalam.
MESRA: Karim bersalaman dengan ADUN Pelawan (DAP) David Wong selepas sidang media di kompleks DUN di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia