Utusan Borneo (Sarawak)

Kursus Latihan Bahasa Mandarin untuk pemandu pelancong bermula tahun ini

-

KUCHING: Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan akan memulakan Kursus Latihan Bahasa Mandarin tahun ini, untuk pemandu pelancong khususnya di taman negara.

Menterinya Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kursus berkenaan akan diadakan dengan kerjasama Sarawak Forestry Corporatio­n ( SFC) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak, bagi melengkapk­an para pemandu pelancong terbabit dengan pengetahua­n dan penguasaan terhadap bahasa tersebut.

“Kita mahu lebih ramai pemandu pelancong terutama di taman negara mahir berkomunik­asi dalam bahasa Mandarin kerana bilangan pelancong dari China semakin bertambah, namun kita masih kekurangan pemandu pelancong yang dapat bertutur Mandarin,” katanya menerusi ucapan penggulung­an kementeria­n sempena Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Menurut Karim, setakat Jun tahun ini, kementeria­nnya telah melesenkan seban- yak 275 agensi pelanconga­n, 140 pemandu pelancong, 171 bas pelancong dan kereta sewa termasuk sebuah institut latihan pelanconga­n.

Selain itu, katanya lesen turut diberikan kepada 215 hotel di seluruh negeri untuk memastikan premis-premis tersebut mematuhi garis panduan yang ditetapkan kerajaan.

Dalam pada itu, Karim berkata taman negara terus menjadi destinasi paling disukai pelancong asing dan domestik kerana tarikan dari segi hidupan liar, alam semula jadi serta keunikan dan keindahan landskap.

Katanya terdapat sejumlah 56 taman negara, rizab semula jadi dan santuari hidupan liar di Sarawak.

“Setakat Mei 2018, jumlah pelawat di semua taman negara adalah seramai 186,486 orang dengan hasil sebanyak RM2.18 juta,” katanya.

Beliau berkata taman negara yang merekodkan jumlah pelawat paling ramai adalah Pusat Hidupan Liar Semenggoh (28,572), Taman Negara Bako (10,358), Taman Negara Santubong ( 9,367), Taman Negara Niah (8,636), Taman Negara Gunung Mulu (7,781) dan Taman Negara Bukit Lambir (4,485).

Terdahulu, Karim berkata Sarawak turut menjadi antara destinasi pilihan pelancong dari China dan Singapura pada tahun ini, di mana ketibaan pelawat dari kedua-dua negara itu meningkat dengan positif.

Katanya, bagi tempoh Januari sehingga Mei tahun ini, seramai 19,641 pelancong China direkodkan iaitu meningkat 20.22 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas manakala dari Singapura seramai 17,856 orang iaitu meningkat 15.80 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

Pada 2017, Sarawak menerima seramai 4.85 juta pelawat sekali gus menyumbang kepada hasil pelanconga­n berjumlah RM8.59 bilion.

Kebanyakan pelancong adalah dari Brunei Darussalam (1.73 juta), Indonesia (513,442), Filipina (68,380), Singapura ( 42,177) dan China (38,204).

Justeru tahun ini, Karim berkata kementeria­nnya menyasarka­n sebanyak 4.5 juta ketibaan pelawat dengan anggaran hasil RM8.05 bilion.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia