Utusan Borneo (Sarawak)

BPA Sarawak terima 285 aduan menerusi SISPAA

-

KUCHING: Biro Pengaduan Awam Negeri (BPA) Sarawak menerima 285 aduan menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam Sarawak ( SISPAA) bagi tempoh 2017.

Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip berkata, aduan itu mengikut sembilan kate- gori yang mana kategori kualiti perkhidmat­an yang tidak memuaskan termasuk kaunter dan telefon mencatat jumlah tertinggi yang mencatat 57 aduan tahun lalu.

“Diikuti kegagalan mengikut prosedur yang ditetapkan (38 aduan), salah guna kuasa (36), kekurangan kemudahan awam (35), tindakan yang tidak menepati kehendak pelanggan ( 33 aduan), kegagalan penguatkua­saan (26), tindakan tidak adil (21), kepincanga­n pelaksanaa­n dasar dan kelemahan undang-undang (20) dan salah laku anggota awam (19).

“Bagi tahun ini sehingga Jun lalu, sebanyak 230 aduan telah diterima yang mana 168 daripada aduan tersebut berjaya diselesaik­an,” dedahnya.

Beliau berkata demikian ketika ucapan penggulung­an kementeria­nnya pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks DUN di sini semalam.

Talib menjelaska­n bahawa statistik ini merangkumi semua sektor iaitu kerajaan negeri, persektuan, pihak berkuasa tempatan dan swasta.

Di samping itu katanya, orang ramai juga boleh menyalurka­n maklum balas melalui Talikhidma­t yang mana pada 2017 sebanyak 21,803 maklum balas direkodkan.

“Maklum balas ini mengenai perkhidmat­an yang disediakan perkhidmat­an awam negeri, perkhidmat­an awam persekutua­n di Sarawak, pihak berkuasa tempatan, badan berkanun, syarikat swasta dan sebagainya.

“Maklum balas ini terdiri daripada 14,677 aduan, 304 cadangan, 514 pertanyaan, 6,163 permohonan perkhidmat­an dan 135 penghargaa­n,” jelasnya.

Tambahnya, daripada jumlah aduan tersebut, sebanyak 13,576 aduan telah diselesaik­an dalam tempoh satu hingga enam hari selepas menerima aduan berkenaan.

“Manakala sehingga Jun 2018, sebanyak 7,495 aduan telah dilaporkan menerusi sistem tersebut yang mana 6,013 daripada jumlah tersebut telah diselesaik­an,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia