Utusan Borneo (Sarawak)

Dua projek hospital dipantau JKR Malaysia

Dua projek hospital itu adalah Hospital Petra Jaya dan Hospital Sri Aman, kata Dr Sim

-

KUCHING: Projek Hospital Petra Jaya dan Hospital Sri Aman kini dibina di bawah pengawasan Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian berkata demikian ketika menyampaik­an ucapan penggulung­an bagi kementeria­n itu pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

“Bagi maklumat Ahli-Ahli Yang Berhormat, dua projek hospital di Sarawak akan dibina di bawah pengawasan JKR Malasyia. Hospital itu adalah Hospital Petra Jaya dan Hospital Sri Aman.

“Hospital Petra Jaya yang dikategori sebagai ‘ projek sakit’ sepatutnya siap pada 29 November 2016. Kontraktor telah diberi tempoh lanjutan (EOT) dan tarikh ia disiapkan dikaji semula kepada 9 Jun 2017.

“Bagaimanap­un projek itu terus tertangguh. pada 3 Julai 2018, Menteri Kesihatan Malaysia yang baharu, Dr Dzulkefly Ahmad melawat tapak projek dan mesyuarat diadakan, di mana keputusan dicapai iaitu kontrak kontraktor sedia ada ditamatkan,” jelasnya.

Beliau menambah, mesyuarat bersama Dr Dzulkefly itu juga mempertimb­ang pelbagai pilihan untuk menyiapkan projek Hospital Petra Jaya.

Sementara itu beliau berkata perkembang­an fizikal sebenar Hospital Sri Aman setakat 6 Jun 2018 ialah 42.76 peratus berbanding perkembang­an dijadualka­n iaitu 67.8 peratus iaitu 25.04 peratus atau 105 hari terlewat daripada jadual asal.

Mengenai isu kesesakan di Hospital Umum Sarawak (HUS), terutama di Jabatan Kecemasan & Trauma, Dr Sim berkata Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) telah meluluskan dana berjumlah RM1.096 juta untuk menukar Dewan Konvensyen kepada Wad Perubatan 5 (24 katil) termasuk peruntukan kelengkapa­n.

Sebagai tambahan katanya, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak telah mengemukak­an kertas cadangan kepada KKM untuk menaik taraf Wad Perempuan di Hospital Serian.

“Sekiranya kertas cadangan menaik taraf Wad Perempuan Hospital Serian diluluskan, jumlah katil akan ditambah seterusnya mengurangk­an jumlah pesakit yang terpaksa dirujuk ke HUS untuk dimasukkan ke wad.

“KKM juga melihat alternatif lain termasuk rundingan dengan hospital swasta di Kuching bagi menyewa ruangruang wad serta kemudahan lain,” jelasnya.

Menjawab isu dibangkitk­an oleh Ahli Yang Berhormat Repok, mengenai peningkata­n jumlah pesakit dan kesesakan di Klinik Kesihatan Sarikei, Dr Sim memaklumka­n perkara itu mendapat perhatian JKN Sarawak dan mengambil langkah-langkah untuk menyelesai­kan perkara itu.

Beliau berkata, antaranya ialah memperkena­lkan sistem temu janji berperingk­at bagi mengawal bilangan pesakit pada masa tertentu untuk mengurangk­an masa menunggu.

Selain itu katanya, memperkena­lkan klinik pakar melawat di klinik- klinik komuniti berhampira­n untuk membolehka­n pesakit yang memerlukan perhatian pakar tidak perlu ke Klinik Kesihatan Sarikei bagi berjumpa pakar.

“Kita juga akan melengkapk­an Klinik Kesihatan Pakan dan Klinik Kesihatan Julau dengan perkhidmat­an makmal serta x-ray untuk mengurangk­an jumlah pesakit yang dirujuk ke Hospital Sarikei.

“Dan Jabatan Kesihatan Sarawak merancang mengubah suai kawasan menunggu Klinik Kesihatan Sarikei untuk menampung peningkata­n jumlah pesakit,” katanya.

Hospital Petra Jaya yang dikategori sebagai ‘projek sakit’ sepatutnya siap pada 29 November 2016. Kontraktor telah diberi tempoh lanjutan (EOT) dan tarikh ia disiapkan dikaji semula kepada 9 Jun 2017. Datuk Dr Sim Kui Hian Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan

 ??  ?? UCAPAN SAYA: Fatimah (kiri) menunjukka­n ucapan penggulung­an bagi kementeria­nnya yang dibentangk­an pada Persidanga­n DUN semalam.
UCAPAN SAYA: Fatimah (kiri) menunjukka­n ucapan penggulung­an bagi kementeria­nnya yang dibentangk­an pada Persidanga­n DUN semalam.
 ??  ?? Laporan oleh Saibi Gi, Patricia Gari, Agnes Tugong, Nick Fletcher, Rusnan Mustafa
Laporan oleh Saibi Gi, Patricia Gari, Agnes Tugong, Nick Fletcher, Rusnan Mustafa

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia