Utusan Borneo (Sarawak)

Program Transforma­si Minda dilaksana tingkat kejayaan basmi kemiskinan

-

KUCHING: Satu program baharu iaitu Program Transforma­si Minda telah dilaksanak­an oleh Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak tahun ini bagi meningkatk­an kejayaan pembasmian kemiskinan di negeri ini.

Menterinya Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, program itu dikhususka­n untuk golongan miskin dan miskin tegar yang berdaftar dalam sistem eKasih.

Tujuannya, adalah untuk memberi kesedaran kebertangg­ungjawapan kepada golongan ini untuk mengubah sikap dan berdikari selain melahirkan usahawan-usahawan mikro.

“Sejak dilancarka­n pada awal tahun ini, seramai 3,481 ketua isi rumah (KIR) dan ahli isi rumah (AIR) telah menghadiri program ini.

“Daripada jumlah tersebut, 1,608 adalah mereka yang telah menerima bantuan AZAM pada 2017 dan sebelumnya, manakala 1,873 adalah mereka yang belum menerima apa-apa bantuan ekonomi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulung­annya bagi Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.

Tambah Fatimah, setakat 12 Julai tahun ini, seramai 767 peserta KIR/AIR daripada kumpulan mereka yang telah menerima bantuan ekonomi, telah dipantau.

Daripada jumlah itu katanya, seramai 364 peserta menunjukka­n peningkata­n pendapatan untuk tiga bulan pertama kepada RM496,677.76, iaitu pertambaha­n sebanayk RM46,323.43 daripada pendapatan sebelum ini iaitu sebanyak RM451,344.33.

Setakat Mei tahun ini katanya, penerima bantuan kebajikan bulanan adalah seramai 56,510 orang dengan perbelanja­an sebanyak RM87.5 juta merangkumi pelbagai bentuk bantuan.

Antaranya, Bantuan KanakKanak, Bantuan Orang Tua, Elaun Pekerja Cacat, Bantuan Penjagaan OKU/Pesakit Kronik terlantar, Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja, Bantuan Am, Bantuan Anak Pelihara dan Bantuan BeliaBelia­wanis.

Daripada jumlah tersebut, seramai 25,841 orang merupakan mereka yang masih produktif untuk menjana pendapatan manakala 30,669 lagi merupakan mereka yang tidak produktif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia