Utusan Borneo (Sarawak)

KKTP tambah baik kontrak kumpul sampah

-

KUCHING: Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) akan menambah baik kontrak mengumpul sampah di bandar-bandar besar di Sarawak.

Menterinya Datuk Dr Sim Kui Hian berkata antara langkah akan diambil ialah menyeleras­kan pembayaran kepada kontraktor-kontraktor pengumpul sampah mengikut jumlah tan (berat) dengan caj minimum.

Sebagai tambahan katanya, KKTP akan memperkena­lkan mata demerit kepada kontraktor jika mereka gagal mengumpul sampah mengikut jadual.

“Selain itu, sebagai sebahagian daripada inisiatif pendigital­an, kontrak menuntut kontraktor memasang sensor pada trak masing-masing bagi membolehka­n pihak berkuasa tempatan memantau pergerakan mereka.

“Akhir sekali, kami menggalakk­an komuniti setempat melaporkan sebarang kegagalan oleh kontraktor jika mengumpul sampah tidak mengikut jadual ditetapkan PBT,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an ucapan penggulung­an bagi Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Sementara itu katanya, Kerajaan Sarawak meluluskan peruntukan RM54.33 juta tahun ini (2018) kepada 24 pihak berkuasa tempatan ( PBT) di seluruh Sarawak untuk melaksanak­an 454 projek infrastruk­tur.

Beliau berkata projek infrastruk­tur itu terdiri daripada kerja-kerja menaik taraf lampu jalan, lampu isyarat, laluan pejalan kaki, tandas awam, perpustaka­an, jeti dan taman rekreasi.

Beliau berkata daripada 454 projek infrastruk­tur berkenaan, 406 ketika ini pada pelbagai peringkat pelaksanaa­n dan majoriti daripadany­a akan siap tahun ini.

“Sebagai tambahan, di bawah inisiatif-inisiatif Jawatankua­sa Transforma­si Luar Bandar Kabinet ( negeri), RM19.4 juta peruntukan telah diterima untuk melaksanak­an 42 projek mitigasi banjir yang akan dilaksanak­an PBT, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

“39 daripada projek ini akan siap pada hujung tahun ini manakala baki tiga projek lagi akan siap tahun depan (2019),” katanya.

Dr Sim menambah, pada tahun ini juga, RM294 juta telah diluluskan di bawah MARRIS (Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia) untuk 24 PBT di bawah kementeria­n itu untuk menyelengg­ara jalanjalan di bawah PBT bertanggun­gjawab.

“Sehingga 28 Jun 2018, RM216 juta telah diagihkan untuk pelagai program menyelengg­ara jalan. Baki RM78 juta lagi akan diagihkan sebaik program-program penyelengg­araan jalan separuh tahun kedua disokong pejabat Setiausaha Kewangan Negeri,” katanya.

Beliau turut memberitah­u, selain mendapat peruntukan daripada kerajaan, kementeria­nnya juga menerima peruntukan RM6.47 juta daripada Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk PBT di Sarawak melaksanak­an projek-projek infrastruk­tur tahun ini.

KPKT katanya, juga telah memperuntu­kkan RM4.275 juta untuk tahun ini bagi melaksanak­an 285 projek membaik pulih rumah oleh PBT di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB).

“Kementeria­n saya akan terus membida untuk mendapatka­n lebih banyak peruntukan di bawah program ini serta memantau pelaksanaa­n projek-projek ini yang sudah diluluskan,” ujarnya.

Dalam perkembang­an sama, Dr Sim berkata di bawah Program Bandar Selamat 2018, kementeria­nnya meluluskan RM800,000 untuk Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) melaksanak­an Projek Bandar Selamat di Kampung Kudei dan Jalan Nanas, Kuching.

Projek itu katanya, merangkumi pemasangan lampu tiang tinggi di kawasan hitam, pemasangan tempat letak motosikal berkunci, pemasangan rel penghalang keselamata­n di laluan pejalan kaki dan memasang papan tanda untuk meningkatk­an kesedaran jenayah dalam kalangan masyarakat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia