Utusan Borneo (Sarawak)

Program Pemulihan Dalam Komuniti akan diteruskan

-

KUCHING: Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak akan meneruskan Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK).

Menterinya Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, program berkenaan merupakan satu program kolaborati­f dengan golongan orang kurang upaya (OKU), keluarga dan masyarakat setempat.

Program itu katanya, turut disokong Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan Jabatan Tenaga Kerja.

Program ini merupakan strategi dalam pembanguna­n komuniti untuk rehabilita­si, penyamaan peluang dan integrasi sosial OKU.

“Sarawak mempunyai sebanyak 53 Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dengan bilangan pelatih seramai 2,749 orang , seramai 53 orang penyelia dan dibantu 326 orang petugas.

“Atas keprihatin­an Kerajaan Sarawak, terkini JKM Sarawak telah diluluskan tambahan tujuh jawatan baharu jurupulih perubatan secara kronik sebagai tambahan kepada sembilan sedia ada.

“Setakat Mei 2018, hanya lapan jawatan diisi manakala selebihnya masih dalam proses pengambila­n,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulung­gan bagi kementeria­nnya pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.

Berhubung perkembang­an atlet OKU Sarawak, Fatimah berkata kumpulan ini telah mengharumk­an nama Sarawak dalam pelbagai kejohanan.

Baru-baru ini katanya, kementeria­nnya telah dipertangg­ungjawabka­n untuk meneruskan usaha pembanguna­n sukan bagi golongan OKU di negeri ini.

Sebagai makluman katanya, pasukan sukan OKU Sarawak dalam persediaan untuk penyertaan Sukan Olimpik Khas peringkat Sarawak yang akan diadakan di sini, Sukan Paralimpia­d Malaysia dan Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA) yang akan diadakan di Ipoh, Perak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia