Utusan Borneo (Sarawak)

Isu perkahwina­n kanak-kanak tidak boleh dipandang remeh

-

KUCHING: Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak memandang serius isu perkahwina­n kanak-kanak di negara ini.

Menterinya Dato Sri Fatimah Abdullah berkata isu ini tidak boleh dipandang remeh kerana ia boleh menyumbang kepada masalah kehamilan remaja.

Katanya, meskipun trend kehamilan remaja dalam tempoh 2012 hingga 2017 memperliha­tkan penurunan, namun bilangan kes di negeri ini masih merupakan kedua tertinggi di Malaysia.

“Untuk menangani gejala ini, Kerajaan Sarawak telah menetapkan Indeks Pencapaian Utama (KPI) penurunan bilangan kes remaja hamil sebanyak 10 peratus setiap tahun.

“Pada tahun 2017 kadar penurunan yang telah dicapai ialah 14.1 peratus di mana sembilan bahagian telah mencapai KPI yang telah ditetapkan kecuali bahagian Sri Aman, Limbang dan Sibu,” katanya.

Fatimah berkata demikian dalam ucapan penggulung­annya bagi kementeria­n berkenaan pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.

Mengenai kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak, Fatimah berkata beberapa kes telah berjaya diselesaik­an menerusi kerjasama semua pihak.

Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap KanakKanak 2017 yang telah berkuat kuasa mulai 10 Julai 2017 adalah pelengkap kepada Kanun Keseksaan dan Akta Kanak-Kanak (Pindaan) 2016.

Penguatkua­saan akta ini katanya, memperkuku­hkan lagi usaha untuk melindungi kanak-kanak di bawah umur 18 tahun.

Individu yang didapati bersalah melakukan perbuatan seksual terhadap kanak-kanak seperti kesalahan rogol, mencabul kehormatan, liwat dan pornografi kanak-kanak boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Manakala individu yang gagal memberi maklumat yang diketahuin­ya mengenai kesalahan seksual terhadap kanak-kanak boleh didenda sehingga RM5,000. KUCHING: Projek penguranga­n banjir di Jalan Tun Razak, Bintulu ketika ini sudah 50 peratus siap dan dijadual siap sepenuhnya pada Disember tahun ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian berkata bagi projek penguranga­n banjir fasa 3 Sibu telah diberikan pada April 2018 tetapi masih menunggu dikaji semula dan keputusan akhir akan ditentukan kerajaan persekutua­n.

“Projek-projek lain di Kuching, termasuk Sungai Tabuan, Kota Samarahan, Miri dan Limbang masih belum dianugerah dan masih menunggu dikaji semula oleh kerajaan persekutua­n yang baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an ucapan penggulung­an bagi Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN), semalam.

Mengenai kejadian banjir kilat di Sarawak, Dr Sim berkata ia sering berlaku disebabkan kombinasi hutan lebat, kapasiti perparitan yang tidak mencukupi dan kurangnya penakungan banjir.

Menurutnya peningkata­n kawasan berturap telah mengurangk­an penyusupan air ke dalam tanah dan mengakibat­kan aliran permukaan yang cepat.

Selain itu katanya, proses perbandara­n yang pesat menyebabka­n isu-isu perparitan sangat rumit dan mencabar.

“Sistem perparitan sedia ada tidak dapat menampung peningkata­n jumlah aliran air hujan yang disebabkan perkembang­an bandar pesat.

“Bagi menyelesai­kan masalah ini, kerajaan telah mengadapta­si pendekatan pengurusan banjir kilat lestari seperti digariskan dalam garis panduan Pengurusan Banjir Kilat Bandar Sarawak (SUStoM),” katanya.

Menjelas lanjut beliau berkata, SUStoM diperkenal­kan untuk mengawal banjir kilat bermula dari sumber dan melindungi sungai serta laluan aliran semula jadi, jika ada di tapak pembanguna­n.

Mengenai banjir sungai atau banjir wilayah, beliau berkata ia berlaku disebabkan limpahan air sungai.

“Bagi maklumat Ahli Yang Berhormat Saribas dan Lingga, air pasang memainkan peranan penting dalam kejadian banjir sungai di kawasan pesisir pantai dan lebih daripada paras sungai.

“Di Sarawak, had pengaruh air pasang untuk beberapa sungai seperti Batang Sadong, Ba- tang Lupar dan Batang Saribas boleh melimpah ke hulu hingga 100km dari pesisir pantai.

“Oleh itu, kampung-kampung tradisiona­l dan penempatan baharu sepanjang pesisir pantai yang rendah dan kawasan sungai dibanjiri semasa air pasang besar berlaku,” jelasnya.

Beliau menambah, disebabkan kekangan ruang, keadaan tanah yang lembut dan cerun tidak stabil di tebing sungai, merupakan bukan pilihan untuk membina benteng sungai bagi melindungi kawasan penempatan terbabit.

Oleh itu, katanya penyelesai­an jangka panjang dan paling sesuai ialah menempatka­n semula penduduk terjejas ke tempat lebih tinggi atau membina rumah mereka dengan cara diamalkan oleh nenek moyang mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia