Utusan Borneo (Sarawak)

Undang-undang untuk pengawalan, pelesenan anjing berkesan akan diperkenal

-

KUCHING: Undang-Undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Pelesenan dan Kawalan Anjing) yang baharu untuk pengawalan serta pelesenan berkesan bakal diperkenal­kan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian berkata undang-undang baharu itu akan berkuat kuasa dalam waktu terdekat ini.

Selain itu katanya, PBT juga memperketa­tkan syaratsyar­at pelesenan mereka bagi membolehka­n operator atau pengusaha kedai makan memberi makanan kepada kucing serta anjing terbiar di premis mereka.

Beliau berkata ia antara langkah diambil Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) untuk mengekang penularan wabak rabies di negeri ini.

“Selain itu, tempat pengurunga­n haiwan adalah kemudahan penting yang mesti dimiliki PBT untuk membolehka­n mereka menjalanka­n kawalan populasi anjing dengan lebih berkesan.

“Sebagai permulaan, kementeria­n saya meletakkan cadangan untuk menyediaka­n tiga tempat pengurunga­n haiwan iaitu di Kuching, Sibu dan Miri bagi menampung keperluan PBT di tiga bahagian ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an ucapan penggulung­an bagi Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Dr Sim berkata sejak kes ra- bies pertama dikesan di Sarawak pada 1 Julai 2017 hingga 30 Jun 2018, 13,974 kes gigitan haiwan dilaporkan di seluruh Sarawak.

Beliau berkata, 4,153 pesakit telah diberi suntikan vaksin antirabies selain kempen kesedaran dijalankan di seluruh negeri bermula dengan projek perintis dikenali ‘penvaksina­n dari rumah ke rumah’.

“Sehingga kini, kami (KKTP) telah pergi ke 7,688 rumah dan menyuntik 2,836 anjing di bawah projek ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia