Utusan Borneo (Sarawak)

Isu penyalahgu­naan dadah masih jadi kebimbanga­n ramai pihak

-

KUCHING: Isu penyalahgu­naan dadah masih menjadi kebimbanga­n ramai pihak meskipun statistik menunjukka­n kurang daripada satu peratus daripada populasi di negeri ini terlibat secara langsung dengan gejala ini.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak- Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata rekod Polis Diraja Malaysia ( PDRM) menunjukka­n gejala ini telah menjejaska­n kesejahter­aan masyarakat kita.

Pada tahun 2017 katanya, 30 hingga 40 peratus jenayah kecil dan 27 peratus keganasan rumah tangga adalah berkaitan dengan dadah dan penyalahgu­naan dadah.

“Kementeria­n memuji usaha agensi penguatkua­saan untuk membantera­s bekalan dadah di pasaran, pemulihan dan rawatan dadah dan salah guna serta program kesedaran yang dijalankan untuk menjauhkan komuniti daripada gejala sosial.

“Melalui usaha penguatkua­saan Akta Dadah Berbahaya ( ADB) 1952, sejak 2016 hingga Jun 2018, pelbagai jenis dadah bernilai RM14.4 juta telah diram- pas oleh PDRM Kontinjen Sarawak dan RM1.5 juta oleh Kastam Sarawak.

“Dalam tempoh yang sama, harta bernilai RM8.9 juta telah disita di bawah Akta Dadah Berbahaya ( Pelucuthak­an Harta) 1988,” katanya dalam ucapan penggulung­annya bagi kementeria­n berkenaan pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.

Berhubung rawatan dan pemulihan pula, seramai 1,139 Orang Kena Pengawasan (OKP) sedang dipantau di seluruh negeri sehingga Jun 2018 dan 351 orang pelatih sedang menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Pemulihan Pengagihan Narkotik (PUSPEN) kendalian Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sarawak.

Dalam tempoh yang sama, AADK turut melaksanak­an 166 aktiviti di bawah empat program pencegahan dan kesedaran awam iaitu Program Keluarga Bebas Dadah, Institusi Pendidikan Bebas Dadah, Tempat Kerja Bebas Dadah dan Komuniti Bebas Dadah.

Berhubung isu kewarganeg­araan, Fatimah ber- kata sehingga April 2018, jawatankua­sa khas kewarganeg­araan di bawah Perkara 15A, Perlembaga­an Persekutua­n Peringkat Negeri yang merupakan kerjasama kerajaan negeri melalui kementeria­n ini.

Kerajaan persekutua­n katanya, menerusi Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) Sarawak telah bermesyuar­at sebanyak 16 kali dan membincang­kan sebanyak 417 permohonan kewarganeg­araan.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 95 permohonan telah diluluskan dan suratsurat kelulusan telah diserahkan kepada pemohon.

Bagi kes yang lain, kementeria­n katanya berharap keputusan segera dapat dibuat oleh Kementeria­n Dalam Negeri (KDN).

Statistik operasi Pasukan Petugas Khas (PPK) menunjukka­n permohonan pendaftara­n lewat kelahiran seluruh Sarawak sejak tahun 2015 sehingga 28 Mei 2018 yang diperoleh melalui 178 operasi adalah sebanyak 7,329 permohonan.

Daripada jumlah tersebut, 4,629 permohonan telah diluluskan, 2,357 ditolak dan 343 masih dalam tindakan.

 ??  ?? SANTAPAN DIRAJA: Tun Taib (lima kiri) dan isteri bersama Sultan Hasanal Bolkiah (tiga kiri) dan keluarga pada Majlis Santapan Diraja di Brunei, malam kemarin.
SANTAPAN DIRAJA: Tun Taib (lima kiri) dan isteri bersama Sultan Hasanal Bolkiah (tiga kiri) dan keluarga pada Majlis Santapan Diraja di Brunei, malam kemarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia