Utusan Borneo (Sarawak)

Pengagihan gas di Sarawak kini dilaksana lebih sempurna

-

KUCHING: Susulan kelulusan Peraturan Pengagihan Gas (Pelesenan) 2018, pengagihan gas di Sarawak kini dilaksanak­an lebih sempurna, kata Menteri Utiliti Sarawak Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom.

Katanya, aktiviti utama terkandung dalam peraturan di bawah Ordinan Pengagihan Gas 2016 ialah pengimport­an gas regasifika­si, pemprosesa­n, rawatan, pengasinga­n, penggunaan atau pengagihan di Sarawak.

Ia turut merangkumi regasifika­si gas, rawatan, pengasinga­n atau pemprosesa­n gas; pengedaran gas menerusi saluran gas; dan pembinaan, pengurusan atau penyelengg­araan atau peralatan atau mekanisme untuk pengagihan gas.

Tidak terkecuali pembekalan gas dan penjualan gas, katanya pada sesi penggulung­an kementeria­nnya pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri, semalam.

“Bahagian Pengagihan Gas di bawah Kementeria­n saya kini sedang diperkukuh­kan dengan progresif bagi menguatkua­sakan peraturan ini.

“Sehubungan ini, seorang pegawai yang berpengala­man dalam bidang minyak dan gas telah dilantik pada tahun ini sebagai pengarah bagi mengetuai bahagian ini,” katanya sambil menambah, kakitangan sokongan juga akan diambil bekerja sejajar dengan pelaksanaa­n peraturan ini.

Mengenai bekalan elektrik luar bandar, Dr Rundi berkata Kementeria­nnya menyasarka­n bekalan elektrik 24 jam sepenuhnya pada 2025 menerusi pelbagai strategi di bawah Pelan Induk Bekalan Elektrik Luar Bandar.

Strategi ini merangkumi penambahan grid elektrik menerusi Skim Elektrikfi­kasi Luar Bandar dan penambahan transmisi di bawah Skim Bekalan Elektrik Luar Bandar di kawasan ada akses dan sistem hibrid boleh diperbahar­ui dan Skim Elektrikfi­kasi Alternatif Sarawak (SARES).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia