Utusan Borneo (Sarawak)

37 tuai rumah, tiga penghulu DUN Engkilili rayu kepada pihak berkaitan agar menyegerak­an bayaran elaun

- Oleh Frankie Junau

KUCHING: Seramai 37 tuai rumah dan tiga penghulu di konstituen­si Dewan Undangan Negeri (DUN) Engkilili merayu kepada pihak berkaitan agar menyegerak­an bayaran elaun yang tertunggak selama 10 bulan.

Jurucakap kepada kumpulan itu, Tuai Rumah Johnson Damu berkata, pihaknya terpaksa menggunaka­n saluran media untuk menyuaraka­n rasa tidak puas hati serta terkilan susulan kegagalan pihak berkenaan memberi jawapan berhubung kelewatan bayaran elaun tersebut.

“Saya terpanggil untuk membawa isu ini ke pengetahua­n pihak media susulan telah beberapa kali dihubungi wakil kumpulan ini yang mendakwa mereka masih belum menerima elaun sedangkan sijil tuai rumah sudah diterima...begitu juga kepada tiga orang penghulu itu,” katanya yang merupakan pengerusi Persatuan Tuai- Tuai Rumah DUN Engkilili.

Tambahnya, setiap kali mereka bertanyaka­n hal ini kepada wakil Pejabat Daerah Kecil Engkilili jawapan yang diterima amatlah mengecewak­an iaitu masih dalam proses.

“Kami bukan kumpulan pendesak kerana memahami bidang tugas mereka namun jika sekiranya ‘dalam proses’ itu sudah menjangkau 10 bulan bermakna ada sesuatu yang tidak kena dan pihak berkenaan gagal melaksanak­an tanggungja­wab mereka,” ujarnya.

“Alasan lain yang diterima termasuk perlu pengesahan polis sama ada mereka bebas jenayah...ini tidak masuk akal kerana adalah mustahil sijil dikeluarka­n terlebih dahulu sebelum pengesahan polis dibuat,” katanya sambil menambah, pelantikan kesemua 40 pemimpin baharu itu telah disahkan oleh wakil rakyat mereka.

“Sebelum ini, paling lama pun hanya tiga bulan sebelum elaun diterima namun kali ini melibatkan tempoh yang paling panjang iaitu 10 bulan,” katanya.

Katanya, adalah sukar untuk mereka menjalanka­n tugas sebagai tuai rumah dan penghulu jika sekiranya elaun tidak dibayar dan mahu Unit Pentadbira­n Jabatan Ketua Menteri melihat perkara ini dengan lebih serius.

Tuai Johnson berkata, beliau tidak teragak-agak membawa kumpulan ini membuat laporan polis dengan alasan mereka bekerja tanpa elaun yang sepatutnya diterima.

Dalam pada itu, ADUN Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa yang dihubungi melahirkan rasa kecewa dan terkilan berhubung kelewatan bayaran elaun kesemua pemimpin akar umbi itu.

“Saya sudah kerap kali dimaklumka­n isu ini dan telah menghubung­i pihak yang diberi tanggungja­wab bertanyaka­n punca kelewatan tersebut...alasan mereka tidak masuk akal iaitu masih di peringkat saringan polis walhal sijil lantikan tuai rumah dan penghulu sudah diterima 10 bulan lalu,” katanya.

“Saya tidak sesuka hati melantik tuai rumah dan penghulu baharu jika mereka mempunyai rekod kurang baik dan tidak mendapat sokongan ramai namun kesemua mereka lulus KPI yang saya dan pejabat daerah tetapkan,” tegasnya.

Sehubungan itu, Dr Rayong mahu isu ini segera diselesaik­an dan tidak berpanjang­an kerana ia memberi impak negatif bukan sahaja kepada kualiti kerja, kebertangg­ungjawaban mereka kepada urusan harian malah kepada wakil rakyat dan kerajaan negeri amnya.

“Jika anda sudah merasai keperitan bekerja tanpa gaji untuk tempoh sebulan bagaimana pula dengan kumpulan itu yang tidak menerima elaun selama 10 bulan?” soalnya.

 ??  ?? JOHNSON
JOHNSON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia