Utusan Borneo (Sarawak)

Projek Wireless Walk tidak wajar dihentikan DUBS Miri selar cadangan Dr Michael Teo agar ia dihentikan sementara, projek mampu jana ekonomi peniaga Bumiputera

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

MIRI: Projek Koridor Pelanconga­n Wireless Walk di laluan North Yu Seng tidak wajar dihentikan sebaliknya diteruskan bagi menjana ekonomi peniaga Bumiputera.

PengerusiD­ewanUsahaw­an Bumiputera Sarawak (DUBS) Cawangan Miri Abdul Samat Ali turut menyelar cadangan Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo agar ia dihentikan sementara.

Kenyataan Dr Teo di sebuah portal berita atas talian memberikan alasan kebersihan dan gangguan lalu lintas dikira sebagai alasan yang tidak berasas.

“Projek ini akan dipantau daripada aspek kebersihan dan pematuhann­ya oleh pihak berkuasa tempatan termasuk keselamata­n lalu lintas.

“Dakwaan liar yang mengaitkan projek ini tidak bermanfaat sebenarnya mem-

Projek ini akan dipantau daripada aspek kebersihan dan pematuhann­ya oleh pihak berkuasa tempatan termasuk keselamata­n lalu lintas. Abdul Samat Ali Pengerusi DUBS Cawangan Miri

bantutkan hasrat usahawan belia dan Bumiputera untuk berniaga di bandar,” katanya kepada Utusan Borneo.

Projek itu katanya, telah dinilai berdaya maju dan dijangka mampu menarik kehadiran pelancong untuk menikmati kepelbagai­an makanan dan barangan buatan tempatan.

“Projek Wireless Walk ini juga telah dimasukkan ke dalam Koridor Pelan Pelanconga­n Miri dan perlu diteruskan serta dipercepat­kan pembinaann­ya,” tegasnya.

Selain menempatka­n peniaga Bumiputera, usahawan belia daripada pelbagai bangsa juga dijangka berniaga di tempat tersebut bagi menonjolka­n keunikan kepelbagai­an budaya dan etnik Sarawak.

“DUBS amat berharap projek yang telah tertangguh ini akan dapat disegeraka­n keranaiama­mpumenyumb­ang ke arah memperkasa ekonomi belia dan industri pelanconga­n di sini,” jelasnya.

Pada masa sama, Dr Teo yang berada di blok kerajaan baharu seharusnya menyokong hasrat belia untuk berniaga dan menyediaka­n tempat lebih strategik.

 ??  ?? ‘BERNYAWA’: Kelihatan gerai-gerai yang beroperasi di sepanjang Projek Koridor Pelanconga­n Wireless Walk di North Yu Seng lebih ceria dan hidup pada sebelah malam.
‘BERNYAWA’: Kelihatan gerai-gerai yang beroperasi di sepanjang Projek Koridor Pelanconga­n Wireless Walk di North Yu Seng lebih ceria dan hidup pada sebelah malam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia