Utusan Borneo (Sarawak)

Projek Wireless Walk mampu jana pendapatan peniaga kecil

-

MIRI: Setiap peniaga gerai Wireless Walk di Jalan North Yu Seng mampu memperoleh pendapatan antara RM400 hingga RM900 dalam sehari.

Perkara itu dijelaskan Pengerusi Persatuan Belia Miri (PBM) Matassan Rohani melihat kepada anggaran pendapatan peniaga yang berniaga di laluan tersebut sebelum ini.

Laluan sepanjang 500 meter itu kini dikosongka­n untuk pelaksanaa­n projek Koridor Pelanconga­n oleh Kerajaan Sarawak yang melibatkan peruntukan berjumlah RM5 juta.

Dalam perancanga­n, lebih 60 gerai dengan rekaan moden akan dibina di atas laluan itu untuk menghidupk­an suasana dan tarikan North Yu Seng yang popular dalam kalangan penduduk dan pelancong khasnya pada waktu malam.

“Projek ini sangat penting dan memberi makna besar kepada masyarakat Miri terutama untuk pembanguna­n usahawan dalam memampan ekonomi masyarakat setempat selain membuka peluang pekerjaan dan perniagaan.

Ini boleh dilihat sebagai satu tarikan pelanconga­n sejajar dengan pembanguna­n bandar raya Miri sebagai salah satu bandar raya pelanconga­n di Sarawak,” jelas beliau kepada pemberita semalam.

Bagaimanap­un, Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo dalam kenyataan medianya beberapa hari lalu meminta agar pelaksanaa­n projek ditangguhk­an kerana dilihat sesak dan tidak realistik untuk dibina di atas laluan pejalan kaki.

Pembinaann­ya j uga dikhuatiri akan menyebabka­n kesesakan lalu lintas dan masalah kebersihan.

Cadangan Dr Teo untuk menghentik­an seketika projek ini dibidas dan ditentang Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Miri dan Persatuan Peniaga Bumiputera Miri Sarawak (PBMS).

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan yang juga ADUN Senadin Datuk Lee Kim Shin turut menyatakan sokongan terhadap projek i tu daripada aspek ekonomi dan pelanconga­n Miri.

Tidak kurang juga ada pihak menyokong cadangan Dr Teo yang mahu laluan tersebut dikekalkan sebagai laluan pejalan kaki.

“Kami ahli PBM menolak pembatalan projek ini kerana ia amat penting sebagai salah satu tarikan pelanconga­n di Miri setelah siap nanti,” tegasnya.

Sebelum ini, beberapa pengusaha restoran dan kedai kopi pernah mengadu kepada ADUN Pujut Dr Ting Tiong Choon tentang pelaksanaa­n projek ini.

Pagar zink menutup laluan Wireless Walk didakwa menghalang pandangan pengunjung untuk datang ke premis dan memberi kesan kepada hasil perniagaan.

Menurut Matassan, dengan adanya kerjasama pengunjung, peniaga serta pihak penguatkua­sa Majlis Bandaraya Miri ( MBM), beliau yakin masalah kesesakan bukanlah isu besar malah dapat ditangani dengan mudah tanpa perlu menghentik­an projek tersebut.

“Faktor kebersihan sangat dititikber­atkan dan menjadi tanggungja­wab bersama dalam kalangan peniaga dan pengunjung untuk memastikan kebersihan Wireless Walk.

“Penelitian dalam kempen kebersihan boleh dilaksana dengan kerjasama semua pihak,” katanya.

B e l i a u m e n a m b a h , penglibata­n pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti PBM, DUBS, Persatuan Melayu Miri ( PMM), Sayap Belia Miri, PBMS dan lain- lain badan akan memperliha­tkan kelancaran dan kejayaan projek ini.

Matassan berkata, projek menggalak golongan belia terlibat dalam perniagaan kecil- kecilan dan sebagai usahawan muda dengan adanya sokongan daripada pihak berkuasa dan masyarakat setempat.

 ??  ?? LAKARAN: Gambaran projek Wireless Walk yang akan dibina di North Yu Seng.
LAKARAN: Gambaran projek Wireless Walk yang akan dibina di North Yu Seng.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia