Utusan Borneo (Sarawak)

Kawasan Gedong bakal miliki kolam renang awam tidak lama lagi

-

KUCHING: Kawasan Gedong bakal mempunyai sebuah kolam renang awam tidak lama lagi jika cadangan pembinaan kemudahan riadah itu diluluskan kabinet.

Demikian kata Menteri Muda Pembanguna­n Usahawan Kecil dan Sederhana dan Menteri Muda E-Dagang Datuk Mohd Naroden Majais ketika merasmikan Program Transforma­si Belia di Pusat Rekreasi Ranchan, Serian baru-baru ini.

“Kita (Kerajaan Sarawak) tidak mempunyai masalah untuk mendapat tapak di mana lokasi kolam renang ini akan dibina di Gedong,

“Hanya kita perlu perancanga­n yang lebih teliti bagi memastikan pembinaan kolam renang awam ini dibina mengikut piawaian yang diperlukan seperti dari segi keselamata­n dan kebersihan pengguna serta pelbagai kemudahan yang diperlukan di dalam sesebuah kolam renang.

“Saya yakin jika mendapat kelulusan, kerja pembinaan kolam renang awam yang dianggap yang pertama di kawasan ini (Gedong) akan dibina pada tahun 2019,” katanya yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong.

Tambah beliau, sekiranya caadangan pembinaan kemudahan riadah itu menjadi kenyataan, ia akan memberi banyak faedah kepada golongan belia yang gemar akan sukan renang.

Malah ia boleh dijadikan pusat untuk melatih anakanak muda di kawasan Gedong dalam sukan renang.

Terdahulu, seramai 70 golongan belia dan remaja dari kawasan Gedong menyertai Program Transforma­si Belia bertemakan ‘ Kawan Ku Sayang, Keluarga Ku Kenang’ pada 13 dan 14 Julai lalu.

Ia merupakan program anjuran Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak dengan kerjasama SABERKAS Negeri Sarawak dan Pergerakan Pemuda PBB Gedong.

Pada masa yang sama, Naroden turut memberi jaminan bahawa masalah berkaitan bekalan air bersih di kawasan Lubuk Punggur dan kawasan sekitarnya akan diselesaik­an segera.

“Kerajaan Sarawak sedia menyelesai­kan masalah bekalan air di kawasan Lubuk Punggur dan sekitarnya.

“Bagi tujuan tersebut, Kerajaan Sarawak telah meluluskan projek pembinaan tangki air yang mampu merangsang­kan bekalan air berkuasa lebih tinggi terus ke Kampung Lubuk Punggur dan kawasan sekitarnya.

“Selain itu, usaha juga dilakukan untuk membina sebuah lagi padang futsal di kawasan Gedong bagi memenuhi keperluan belia yang semakin bertambah,” katanya.

Turut hadir ke majlis berkenaan adalah Pegawai Daerah Simunjan Abdul Khalid Manap, Penolong Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Sarawak Paul Kawen Pipo dan Ketua Pemuda PBB Gedong Jamil Abong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia