Utusan Borneo (Sarawak)

PH Sarawak bertanding semua 82 kerusi DUN Daripada jumlah itu, 29 kerusi ditandingi DAP, PKR dan Amanah masing-masing bertanding di 40 dan 13 kerusi

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Pakatan Harapan ( PH) Sarawak akan bertanding di semua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2021 nanti.

Pengerusi PH Sarawak Chong Cheing Jen berkata daripada jumlah tersebut 29 kerusi akan ditandingi Parti Tindakan Demokratik ( DAP) manakala Parti Keadilan Rakyat ( PKR) dan Parti Amanah Negara ( Amanah) masing- masing akan bertanding di 40 kerusi dan 13 kerusi.

Bagaimanap­un menurut Chong yang juga pengerusi DAP Sarawak, pembahagia­n kerusi ini hanya akan dimuktamad­kan selepas persetujua­n antara ketigatiga parti.

Pada Pilihan Raya Negeri lepas katanya, telah menyaksika­n pertindiha­n enam kerusi antara DAP dan PKR iaitu di Mambong, Batu Kitang, Simanggang, Ngemah, Mulu dan Murum.

Manakala dua lagi kerusi iaitu Bukit Sari dan Bukit

Chong Cheing Jen Pengerusi PH Sarawak

Kota yang masing-masing sepatutnya ditandingi oleh PKRdanDAPt­elahdimena­ngi oleh Barisan Nasional (BN) tanpa bertanding.

“Jadi, kami (DAP Sarawak) hari ini ( kelmarin) telah memutuskan akan bertanding di 25 kerusi yang tidak ditandingi oleh PKR.

“Manakala daripada enam kerusi yang bertindih, tiga akan ditandingi DAP iaitu Mambong, Batu Kitang dan Simanggang manakala kerusi Ngemah, Mulu dan Murum akan ditandingi oleh PKR.

“Bagi kerusi Bukit Kota yang sepatutnya kami tandingi pada Pilihan Raya Negeri lepas akan ditandingi oleh DAP begitu juga sebaliknya dengan kerusi Bukit Sari yang akan ditandingi PKR.

“Jika f ormula i ni dipersetuj­ui, DAP akan bertanding di 29 kerusi, PKR akan bertanding di 40 kerusi dan AMANAH akan bertanding di 13 kerusi,” katanya.

Chong berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat DAP di sini malam kelmarin selepas mesyuarat jawatankua­sa negeri pertama DAP.

Semua 29 kerusi yang akan ditandingi oleh DAP ialah Tasik Biru, Padungan, Pending, Kota Sentosa, Batu Kawah, Batu Kitang, Stakan, Mambong, Kedup, Bukit Semuja, Simanggang, Repok, Meradong, Pakan, Bukit Asek, Dudong, Bawang Assan, Pelawan, Pelagus, Katibas, Bukit Goram, Tanjong Batu, Kemena, Samalaju, Piasau, Pujut, Senadin, Bukit Kota dan Baleh.

Chong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa dalam pada itu berharap formula ini akan dipersetuj­ui dan beliau tidak mahu hanya disebabkan perebutan satu atau dua kerusi, seluruh pakatan tidak dapat bekerjasam­a.

“Pada pendapat saya, ini adalah percaturan yang adil dan kami (DAP) akan usulkan cadangan ini dalam mesyuarat bersama PKR dan AMANAH nanti,” katanya yang turut memberi gambaran awal berkemungk­inan tidak akan bertanding di kerusi Kota Sentosa pada PRN 2021 kerana berkemungk­inan akan bertanding di kerusi lain.

Pada sidang media tersebut, Chong turut mengucapka­n tahniah kepada Tan Sri Richard Malanjum atas pelantikan sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu.

Ucapan tahniah turut diberikan kepada Datuk David Wong Dak Wah yang dilantik sebagai Hakim Besar Sabah dan Sarawak.

 ??  ?? SIDANG MEDIA: Chong (dua kanan) bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat DAP di Kuching malam kelmarin.
SIDANG MEDIA: Chong (dua kanan) bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat DAP di Kuching malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia