Utusan Borneo (Sarawak)

SMK Medamit Limbang juara Anugerah Ketua Menteri Sabah

-

LIMBANG: Sekolah luar bandar, SMK Medamit Limbang mengharumk­an nama Sarawak apabila diumumkan sebagai juara Anugerah Ketua Menteri Sabah sempena Tugu Budaya Etnik Sabah Ke-9 di Penampang, Sabah Sabtu lepas.

Selain SMK Medamit, Sekolah Kebangsaan ( SK) Tuarid Taud, Keningau Sabah turut berkongsi kejayaan dan pencapaian sama pada festival berprestij itu.

Selaku juara, SMK Medamit meraih wang tunai sebanyak RM13,000 tajaan Petronas berserta trofi dan sijil penghargaa­n manakala SK Tuarid Taud membawa pulang RM10,000.

Hadiah kemenangan disampaika­n Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Christina Liew.

SMK Medamit turut merangkul empat anugerah iaitu visual terbaik keseluruha­n, susunan muzik terbaik keseluruha­n, koreografi terbaik keseluruha­n dan anugerah tarian kreatif tradisi terbaik.

Sementara itu SK Tuarid Taud berjaya memenangi empat anugerah membabitka­n susunan muzik terbaik keseluruha­n, koreografi terbaik keseluruha­n, anugerah tarian kreatif tradisi terbaik dan anugerah tarian tradisi Sabah terbaik.

Pada festival itu tempat kedua dimenangi SK Kiawayan, Tambunan dan SMK Sungai Damit, Tuaran dengan merangkul anugerah Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah dan membawa pulang wang tunai RM8,000 dan RM10,000, trofi dan sijil penghargaa­n.

Manakala SK Sungai Damit, Tuaran Sabah dan SMK Tawau, Tawau, Sabah masingmasi­ng menerima anugerah Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah sekaligus membawa pulang wang tunai RM6,000 dan RM7,000, trofi dan sijil penghargaa­n.

Seramai 900 peserta pertanding­an memeriahka­n festival tu yang menyaksika­n penglibata­n 29 sekolah dari seluruh Malaysia termasuk lima sekolah peringkat antarabang­sa iaitu Ranranga Dance Academy, Sri Langka, Zamin Uzbekistan, Sanggar Tari Bali Legong, Indonesia, Raduga Dance Troupe, Rusia dan National Tarlac High School, Filipina.

Hadir sama ialah Setiausaha Tetap, Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datu Rosmadi Dato Sulai, Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelajaran dan Inovasi Negeri Sabah Datuk Bruno Vun dan Setiausaha Tetap Kementeria­n Belia dan Sukan Negeri Sabah Datuk Awang Damit Ag Anak.

 ??  ?? MENCIPTA KEJAYAAN: SMK Medamit Limbang bergambar bersama hadiah kemenangan pada festival Tugu Budaya Etnik Sabah Ke-9 di Penampang, Sabah Sabtu lepas.
MENCIPTA KEJAYAAN: SMK Medamit Limbang bergambar bersama hadiah kemenangan pada festival Tugu Budaya Etnik Sabah Ke-9 di Penampang, Sabah Sabtu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia