Utusan Borneo (Sarawak)

PBB Kuala Rajang, MIED Sarawak anjur Kursus Pembuatan Mi

-

SARIKEI: Pusat Khidmat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N41 Kuala Rajang dengan kerjasama Kementeria­n Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan (MIED) Sarawak akan menganjurk­an Kursus Pembuatan Mi pada bulan Ogos depan.

Program ini terbuka kepada pengundi berdaftar untuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N41 Kuala Rajang sahaja.

Tarikh penganjura­n program ini akan ditentukan oleh pihak pengelola setelah jumlah peserta yang mendaftar untuk mengikuti kursus ini mencapai sasaran ditetapkan.

Program ini adalah percuma, namun setiap peserta yang mendaftar dikehendak­i membayar deposit sebanyak RM50 dan ia akan dikembalik­an apabila peserta hadir dan menamatkan kursus.

Bagi yang tidak mengikuti syarat tersebut, deposit tidak akan dikembalik­an.

Langkah ini diambil oleh pihak penganjur kerana pada penganjura­n sebelum ini, ramai peserta berdaftar namun tidak hadir apabila kursus berlangsun­g.

Situasi ini telah menyebabka­n individu yang benarbenar ingin mengikuti kursus terhalang disebabkan tempat untuk peserta yang ingin mengikuti kursus ini terhad untuk 50 orang setiap sesi.

Program akan diadakan pada dua sesi iaitu di Tanjung Manis untuk warga di kawasan tersebut dan di Sarikei untuk warga zon Sarikei.

P e n d a f t a r a n u n t u k menyertai kursus ini akan ditutup pada 10 Ogos (Jumaat), jam 4 petang.

Untuk pertanyaan lanjut mengenai program ini yang berminat boleh menghubung­i Setiausaha PBB N41 Kuala Rajang Attar Salleh di talian 012 6925282.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia