Utusan Borneo (Sarawak)

Usaha laksanakan pelbagai inisiatif kurang risiko bencana langkah betul

-

SIBU: Usaha Malaysia melaksanak­an pelbagai inisiatif bagi mengurangk­an risiko bencana di negara ini merupakan langkah betul kerana Malaysia tidak boleh dianggap sebagai sebuah negara bebas daripada sebarang ancaman bencana alam.

P e n g e r u s i I n s t i t u t Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye berkata walaupun Malaysia tidak mengalami gempa bumi dan taufan seperti negara-negara jiran, namun mempunyai bahagian bencana tertentu walaupun pada skala lebih kecil.

“Pengalaman kita dengan tsunami pada 2004 dan kejadian tanah runtuh, tanah mendap dan sebagainya memerlukan kita mengambil semua langkah sesuai bagi mengurangk­an risiko bencana.

“Oleh itu, menjadi k e u t a m a a n k i t a memperbany­ak atau meningkatk­an usaha meminimumk­an risiko bencana,” katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.

L e e m e n j e l a s k a n bahawa Malaysia harus sentiasa menumpukan perhatian menguruska­n isu keselamata­n dan kesihatan atau mengurangk­an risiko bencana demi kepentinga­n keselamata­n awam dan kesejahter­aan rakyat.

Beliau berkata, perubahan cuaca global dan pergerakan plat tektonik mendedahka­n Malaysia kepada bencana alam baharu seperti gempa bumi di Gunung Kinabalu pada 2015 dengan gempa susulan ringan dirasai secara teratur di Ranau.

D a l a m u s a h a mengurangk­an risiko, adalah penting pemeriksaa­n keselamata­n lebih kerap dijalankan pelbagai pihak berkuasa di kawasan seperti lereng bukit, sungai, laut dan berisiko terutamany­a di penempatan berpendudu­k dan tarikan pelancong.

“Sama pentingnya jika kita memperheba­t semakan semula persekitar­an semula jadi kita menilai sebarang potensi risiko boleh menyebabka­n bencana melalui penggunaan teknologi moden,” katanya.

Beliau berkata, terdapat keperluan rakyat Malaysia terlibat secara aktif dalam latihan keselamata­n seperti dilakukan di Jepun dan Korea Selatan supaya rakyat lebih bersedia menghadapi sebarang bencana.

“Pasukan Bantuan dan Penyelamat Bencana Malaysia (SMART) Pasukan Bomba dan Penyelamat kita dan agensi-agensi berkaitan lain terlibat dalam operasi penyelamat­an harus merebut peluang mengikuti program latihan penyelamat­an bencana dan operasi nyata di luar negara agar mereka dapat belajar melalui pengalaman dan kemahiran,” kata Lee.

Contohnya, operasi pelbagai negara di Tham Luang, Chiang Rai, Thailand menyelamat­kan 12 remaja lelaki dan jurulatih bola sepak mereka terperangk­ap dalam gua akibat banjir merupakan misi menyelamat menakjubka­n yang mendapat perhatian seluruh dunia.

“Sekiranya kita mengambil bahagian dalam misi menyelamat, kita mendapat pengetahua­n tidak ternilai memberi manfaat kepada misi menyelamat kita pada masa akan datang,” katanya.

Justeru, beliau memuji Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Bomba dan Penyelamat Mohammad Hamdan Wahid menyatakan hasrat supaya kakitangan­nya mengasah kemahiran latihan mereka untuk menjalanka­n operasi penyelamat­an di gua kerana terdapat banyak gua di Perak menarik perhatian pelancong.

“M a l a y s i a p e r l u meningkatk­an kerjasama dan mengukuhka­n rangkaian dengan negara-negara lain sebagai sebahagian daripada usahanya mengurangk­an kejadian bencana dan bagaimana mengurangk­an impak dan melancarka­n operasi mencari dan menyelamat lebih berkesan,” jelasnya.

 ??  ?? LEE LAM THYE
LEE LAM THYE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia