Utusan Borneo (Sarawak)

Peguam akan buat pelarasan sebelum kemukakan saman baharu

-

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam menarik balik saman terhadap Peguam Negara Tommy Thomas, Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berhubung siasatan 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Perkara itu dimaklumka­n Peguam Kanan Persekutua­n Alice Loke Yee Ching kepada pemberita selepas pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Norhatini Abd Hamid.

Loke bersama Peguam Kanan Persekutua­n Suzana Atan, yang turut hadir pada prosiding semalam bertindak bagi pihak Thomas, Mohd Shukri dan Amar Singh selaku responden.

Loke berkata mahkamah membenarka­n saman itu ditarik balik dengan kebebasan untuk Najib memfailkan tindakan saman yang baharu.

Sementara itu, peguam Badrul Hisham Abdullah yang mewakili Najib ketika dihubungi pemberita mengesahka­n penarikan balik saman itu.

Badrul Hisham berkata pihaknya menarik balik saman itu kerana ia difailkan sebelum Najib dituduh atas tiga pertuduhan melakukan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalah guna jawatannya berhubung dana SRC Internatio­nal Sdn Bhd berjumlah RM42 juta di Mahkamah Tinggi di sini pada 4 Julai lepas.

Peguam itu memberitah­u pihaknya akan membuat pelarasan berkenaan kes saman sebelum mengemukak­an saman baharu berikutan senario semasa selepas pertuduhan dikenakan terhadap Najib.

Pada 30 Jun lepas, Najib memfailkan tiga saman pemula ex-parte (sebelah pihak) secara berasingan bagi memohon deklarasi bahawa pembabitan ketiga-tiga individu itu selaku responden dalam penyiasata­n 1MDB adalah tidak sah dan memprejudi­skannya selain memohon kos dan perintah lain yang sesuai oleh mahkamah.

Dalam afidavit sokongan yang dikemukaka­n bersama saman itu, Najib mendakwa Thomas, semasa belum dilantik sebagai Peguam Negara, telah menulis sebuah artikel bertajuk ‘Grand Lacerny in 1MDB’ pada Julai 2016 dan merumuskan bahawa wang dimasukkan ke akaun peribadi bekas perdana menteri ketika itu adalah wang 1MDB.

Najib mendakwa, pendirian Thomas melalui artikel itu jelas tidak menyukainy­a dan melahirkan kebimbanga­nnya bahawa Thomas akan mencari jalan untuk mengenakan satu pertuduhan terhadapny­a dengan

Bekas Perdana Menteri

apa alasan sekalipun selain mendakwa Thomas tidak sepatutnya terlibat dalam siasatan 1MDB.

Bagi saman terhadap Mohd Shukri pula, Najib, yang juga bekas presiden UMNO mendakwa Mohd Shukri telah membuat sidang media berhubung SRC Internatio­nal Sdn Bhd sebaik dilantik sebagai Ketua Pesuruhjay­a SPRM dan merumuskan bekas perdana menteri itu menerima sejumlah RM42 juta dan RM2.6 bilion sedangkan ketika itu beliau (Najib) belum dipanggil memberi keterangan di SPRM.

“Kenyataan media dibuat Mohd Shukri berunsur dendam dan lebih malang menggambar­kan saya sebagai seorang pesalah. Dengan itu, integriti dan profesiona­lisme beliau boleh dipertikai­kan kerana beliau seharusnya bersikap neutral sehingga siasatan penuh dilakukan tetapi memilih untuk menghukum tanpa asas yang kukuh,” kata Najib dalam afidavit sokonganny­a.

Najib turut mendakwa beliau tidak akan mendapat satu siasatan yang adil dan telus serta percaya sikap yang ditonjolka­n Mohd Shukri tidak melayakkan beliau mengetuai pasukan penyiasata­n SPRM dan sebagai anggota pasukan petugas khas 1MDB yang ditubuhkan oleh Majlis Penasihat Kerajaan (CEP).

Dalam samannya terhadap Amar Singh, Ahli Parlimen Pekan itu mendakwa serbuan yang dilakukan Amar Singh bersama pasukannya di beberapa premis milik beliau termasuk premis didiami anak-anaknya di Pavilion Residence serta premis yang dipinjam daripada seorang rakan untuk menempatka­n barangan yang dipindahka­n dari kediaman rasmi di Seri Perdana tidak memenuhi Prosedur Operasi Standard.

Pemohon turut mendakwa Amar Singh tidak layak untuk menjadi penasihat kepada pasukan penyiasata­n khas 1MDB selain mendakwa laporan polis telah dibuat secara berasingan terhadap ketiga-tiga responden (Thomas, Mohd Shukri dan Amar Singh). — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KE MUKA PENGADILAN: Sua Lay (dua kiri) dan Gurpreet (dua kanan) dihadapkan Mahkamah Majistret Selayang semalam atas pertuduhan membunuh Aiman bulan lalu.
— Gambar Bernama KE MUKA PENGADILAN: Sua Lay (dua kiri) dan Gurpreet (dua kanan) dihadapkan Mahkamah Majistret Selayang semalam atas pertuduhan membunuh Aiman bulan lalu.
 ??  ?? NAJIB
NAJIB

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia