Utusan Borneo (Sarawak)

Bantahan awal petisyen PRU14 DUN Tahan didengar 5 September depan

-

TEMERLOH: Mahkamah Tinggi Temerloh semalam menetapkan 5 Sept depan sebagai tarikh pendengara­n bantahan awal petisyen Pilihan Raya Umum Ke-14 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tahan, yang akan didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Bantahan itu berhubung petisyen pilihan raya yang dikemukaka­n calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Wan Amizan Wan Razak pada 18 Jun yang memohon supaya undi rosak berjumlah 229 undi disemak semula memandangk­an majoriti dimenangi Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin selaku responden pertama, hanya 69 undi.

Hakim Datuk Azizah Nawawi yang menetapkan ta- rikh itu di dalam kamar, turut menetapkan 8 hingga 25 Oktober sebagai tarikh perbicaraa­n sekiranya bantahan berkenaan ditolak mahkamah.

Ketika ditemui pemberita selepas prosiding itu, Peguam Ravi Neeko mewakili Wan Amizan bersama peguam Datuk Ng See Tiong, berkata pihak pempetisye­n turut menamakan Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi DUN Tahan Tengku Nor Asmaliza Ku Lah dan Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) masing-masing sebagai responden kedua serta ketiga.

Pada prosiding itu, Mohd Zakhwan diwakili Mohd Kamaruzama­n A Wahab, Mohd Harris Mohan Abdullah, Saiffudin Othman dan Mohd Asaari Salleh mana- kala Tengku Nor Asmaliza serta SPR diwakili Sathia Umardas.

Sementara itu, Mohd Harris berkata, pihaknya telah memfailkan bantahan terhadap petisyen difailkan Wan Amizan pada 6 Julai lalu.

“Kami mengemukak­an 11 alasan supaya mahkamah menolak petisyen yang telah difailkan oleh pempetisye­n,” katanya.

Pada PRU14, Mohd Zakhwan yang mewakili PAS, menang dengan majoriti 69 undi selepas memperoleh 5,638 undi.

Wan Amizan, yang merupakan penyandang kerusi DUN Tahan sebelum ini, memperoleh 5,569 undi manakala calon PKR Nordin Samat hanya mendapat 945 undi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia