Utusan Borneo (Sarawak)

Mangsa langgar bahagian tengah treler yang sedang keluar simpang

-

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki dan wanita warga emas maut apabila kereta Perodua Axia dinaiki melanggar sebuah treler di KM121 Jalan Johor Bahru-Melaka di kawasan Tanjung Laboh, dekat Batu Pahat, semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Abdul Wahib Musa berkata, kejadian pada jam 6.30 pagi itu menyebabka­n Lim Kew Kim, 72, dan Puah Poh Kim, 69, keduaduany­a dari Taman Bandar Banang Jaya, Batu Pahat, maut di tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila Lim yang memandu dari arah Tanjung Laboh menghala ke arah bandar Batu Pahat melanggar bahagian tengah treler yang sedang keluar simpang di bahagian kiri tempat kejadian.

“Akibat pelanggara­n tersebut, Lim dan Puah meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu treler yang berumur 49 tahun dan berasal dari Tanjung Karang, Selangor, tidak mengalami kecederaan,” katanya menerusi kenyataan.

Abdul Wahib berkata, difahamkan kedua-dua mangsa bukan suami isteri dan mayat mereka yang dikeluarka­n dari kenderaan oleh pihak bomba, dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat untuk bedah siasat.

Beliau berkata, kemalangan berlaku ketika cuaca baik dan tempat kejadian merupakan jalan lurus dua lorong dua hala.

Katanya, polis menahan pemandu treler terbabit bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987. — Bernama

Akibat pelanggara­n tersebut, Lim dan Puah meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu treler yang berumur 49 tahun dan berasal dari Tanjung Karang, Selangor, tidak mengalami kecederaan. ACP Abdul Wahib Musa Ketua Polis Daerah Batu Pahat

 ?? — Gambar Bernama ?? REMUK: Keadaan kereta Perodua Axia yang melanggar belakang sebuah treler di KM121 Jalan Johor Bahru-Melaka di kawasan Tanjung Laboh dekat Batu Pahat semalam. Kejadian 6.30 pagi itu menyebabka­n Lim dan Puah kedua-duanya dari Taman Bandar Banang Jaya,...
— Gambar Bernama REMUK: Keadaan kereta Perodua Axia yang melanggar belakang sebuah treler di KM121 Jalan Johor Bahru-Melaka di kawasan Tanjung Laboh dekat Batu Pahat semalam. Kejadian 6.30 pagi itu menyebabka­n Lim dan Puah kedua-duanya dari Taman Bandar Banang Jaya,...
 ?? — Gambar Bernama ?? BAHAN BUKTI: Lukas (tengah) menunjukka­n barangan yang dirampas pada sidang media di Ibu Pejabat kontijen (IPK) Johor Bahru,semalam
— Gambar Bernama BAHAN BUKTI: Lukas (tengah) menunjukka­n barangan yang dirampas pada sidang media di Ibu Pejabat kontijen (IPK) Johor Bahru,semalam

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia