Utusan Borneo (Sarawak)

KPDNKK Negeri Sembilan serbu 11 premis, rampas 1,682 barang tiruan

-

SEREMBAN: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Negeri Sembilan menyerbu 11 premis dipercayai menjual barangan tiruan di Seremban dan Senawang.

Ketua Pegawai Penguatkua­sa negeri Zubir Hamsa berkata dalam serbuan pada jam 10 pagi Selasa lepas, sejumlah 1,682 pelbagai barangan yang menggunaka­n perihal dagangan palsu, dianggarka­n bernilai RM39,816.20, telah dirampas.

“Antara barangan yang dirampas ialah jersi, seluar, kemeja-T, kasut, selipar, topi dan beg yang menggunaka­n perihal dagangan palsu jenama Adidas, Reebok dan Nike.

“Kami juga sedang mengenal pasti seorang suspek lelaki berumur lingkungan 40-an, dipercayai dalang kepada pengedaran barangan palsu ini di kesemua 11 premis yang diserbu,” katanya.

Beliau berkata risikan dijalankan selama dua minggu sebelum 19 anggota penguat kuasa KPDNKK Seremban dan seorang wakil pemilik cap dagang terlibat dalam operasi yang dijalankan secara seren- tak di kesemua premis itu.

Zubir berkata siasatan lanjut masih dijalankan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 8 (2)(c) Akta Perihal Dagangan 2011.

Beliau turut menggesa masyarakat untuk melaporkan kepada KPDNKK sekiranya mengetahui tentang penjualan barangan menggunaka­n perihal dagangan palsu dengan menyalurka­n aduan melalui e- aduan@ kpdnkk. gov. my atau menghubung­i talian 06-6016500 atau mana-mana pejabat KPDNKK terdekat. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIRAMPAS: Zubir (dua, kiri) menunjukka­n sebahagian barang tiruan yang dirampas pada sidang media berkaitan Operasi Barang Tiruan di Ibu Pejabat KPDNHEP Negeri, Seremban 2, semalam.
— Gambar Bernama DIRAMPAS: Zubir (dua, kiri) menunjukka­n sebahagian barang tiruan yang dirampas pada sidang media berkaitan Operasi Barang Tiruan di Ibu Pejabat KPDNHEP Negeri, Seremban 2, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia