Utusan Borneo (Sarawak)

103 individu berjaya ditahan dalam operasi kelab malam

-

KUALA LUMPUR: Walaupun lebih empat kali diserbu pihak berkuasa pada 2017 sehingga ditutup, namun sebuah kelab malam di kawasan Shamelin, Cheras di sini dikesan kembali beroperasi dengan pengurusan baharu sejak sebulan lepas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Cheras Supt Kamal Khan Mohd Shariff berkata bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) JSJN Bukit Aman melakukan pemeriksaa­n di kelab malam itu pada kira-kira jam 4.40 pagi Ahad, membabitka­n 134 individu.

“Hasil pemeriksaa­n dalam operasi 17 jam yang berakhir pada 7 malam itu, 99 individu berusia antara 18 dan 40 tahun yang terdiri daripada warga tempatan, German, Vietnam dan Thailand ditahan berkaitan kesalahan dadah dan empat lagi wanita Vietnam ditahan berkaitan kesalahan imigresen,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Selain itu, pemeriksaa­n STING JSJN Bukit Aman di bilik kawalan server turut menemukan sebuah kotak pembesar suara yang berisi lebih 211 gram serbuk disyaki ekstasi, 192 gram ganja, lebih enam gram ketamin, 32 biji ekstasi dan 30 biji Erimin 5 dianggarka­n kesemuanya bernilai RM13,600.

“Tiada tangkapan berhubung penemuan dadah ini, namun siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 telah dibuka dan dijalankan bagi mengenal pasti suspek serta punca bekalan dadah itu,” katanya.

Kamal Khan berkata pihaknya sentiasa membuat risikan dan pemantauan bagi memastikan pusat- pusat hiburan di sekitar ibu negara tidak menjadi sarang pengedaran dadah agar masalah sosial dapat dibendung.

Beliau berkata kerjasama dan maklumat orang awam dialu-alukan agar masalah berkenaan dapat diatasi bersama. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia