Utusan Borneo (Sarawak)

Peserta PDIT 2018 ditemukan terapung di Tanjung Tuan

-

PORT DICKSON: Peserta Port Dickson Internatio­nal Triathlon (PDIT) 2018 warga Hong Kong yang dikhuatiri lemas selepas menyertai acara renang kelmarin, dilaporkan dijumpai terapung satu batu nautika dari lokasi kejadian pada jam 7.55 pagi semalam oleh nelayan tempatan yang keluar menangkap ikan.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan Norazam Khamis ber- kata pihaknya kemudian ke tempat mangsa ditemukan berhampira­n Tanjung Tuan pada jam 8.14 pagi sebelum membawanya naik ke pantai Batu 6 kira-kira jam 8.30 pagi semalam.

“Identiti mangsa disahkan anggota keluargany­a dan kita serahkan mayat mangsa kepada pihak polis untuk dihantar ke Hospital Port Dickson (HPD) pada jam 8.40 pagi tadi (semalam) bagi proses bedah siasat,” katanya ketika ditemui di bilik mayat HPD di sini, semalam.

Beliau berkata pada peringkat awal kejadian yang berlaku kira-kira jam 11.55 pagi kelmarin, pihaknya mencari mangsa di sekitar satu hingga dua batu nautika tempat kali terakhir mangsa dilihat, namun gagal ditemukan.

“Pihak bomba mula bergerak keluar dari lokasi kejadian lebih kurang jam 12 tengah malam tadi (kelmarin) dengan kekuatan 15 anggota bersama dua bot dan dua jet ski,” katanya.

Norazam berkata operasi mencari dan menyelamat mangsa yang turut disertai Pasukan Penyelamat­an di Air, Polis Marin, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Majlis Perbandara­n Port Dickson dihentikan pada pagi semalam.

Kelmarin, peserta triathlon dikenali sebagai Yuen Chi Yuen, 42, warga Hong Kong dilaporkan hilang apabila mangsa gagal melaporkan diri kepada urus setia selepas menyertai acara berkenaan

Selain Yuen, seorang lagi peserta PDIT 2018 Tharm Wei Wong, 39, yang berasal dari Pulau Pinang lemas di pantai Port Dickson ketika menyertai acara renang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia