Utusan Borneo (Sarawak)

Jika gagal, peminjam dianggap tidak berhasrat memohon penangguha­n bayaran balik

-

KUALA LUMPUR: Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) perlu mengemukak­an maklumat pendapatan mulai semalam hingga 25 Julai depan.

Pengerusin­ya Wan Saiful Wan Jan berkata ia perlu dilaksana bagi mengumpul data terkini sebelum penangguha­n bayaran balik untuk peminjam berpendapa­tan bawah RM4,000 dilaksanak­an, sebaik kajian teliti selesai.

“Semua peminjam yang patut membuat bayaran balik dan masih mempunyai baki dikehendak­i mengemas kini maklumat secara dalam talian pada portal rasmi PTPTN.

“Sekiranya peminjam gagal mengemas kini maklumat dalam tempoh itu, PTPTN menganggap peminjam tidak berhasrat memohon penangguha­n,” katanya pada sidang media di Menara PTPTN, semalam.

Beliau berkata selain maklumat pendapatan, peminjam perlu mengemas kini maklumat penting seperti alamat, nombor telefon dan e-mel.

Wan Saiful berkata PTPTN juga berharap agensi-agensi terlibat seperti Kemente-

Semua peminjam yang patut membuat bayaran balik dan masih mempunyai baki dikehendak­i mengemas kini maklumat secara dalam talian pada portal rasmi PTPTN. Wan Saiful Wan Jan Pengerusi PTPTN

rian Kewangan, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dapat membantu dari segi perkongsia­n data untuk memudahkan proses berkenaan.

“Kita menghadapi kekangan untuk mendapatka­n data berikutan semua maklumat dilindungi oleh Akta Perlindung­an Data Peribadi 2010. Oleh itu, kita merayu agensi terlibat membantu PTPTN dan peminjam sendiri mengemas kini maklumat mereka,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Wan Saiful berkata pada Jun lepas, seramai 429,945 peminjam dikeluarka­n daripada senarai hitam Jabatan Imi- gresen, selaras dengan janji pilihan raya umum kerajaan Pakatan Harapan untuk memutihkan peminjam PTPTN yang disenarai hitam.

Beliauturu­tmenafikan­pelantikan­nya sebagai pengerusi PTPTN baharu pada Jun lepas adalah atas dasar politik.

“Pelantikan saya tidak bertentang­an dengan manifesto kerajaan Pakatan Harapan kerana janji itu hanya tertakluk kepada pelantikan dalam syarikat milik kerajaan (GLC), “katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? JANGAN SAMBIL LEWA: Wan Saiful melakukan pemeriksaa­n kemas kini sistem PTPTN selepas sidang media berhubung Pelaksanaa­n Penangguha­n Bayaran Balik PTPTN di Menara PTPTN di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif PTPTN, Wan Ahmad Wan Yusoff (kanan).
— Gambar Bernama JANGAN SAMBIL LEWA: Wan Saiful melakukan pemeriksaa­n kemas kini sistem PTPTN selepas sidang media berhubung Pelaksanaa­n Penangguha­n Bayaran Balik PTPTN di Menara PTPTN di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif PTPTN, Wan Ahmad Wan Yusoff (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia