Utusan Borneo (Sarawak)

Jemaah diingat tidak bawa terlalu banyak wang tunai dari Malaysia

-

MADINAH: Jemaah haji Malaysia diingatkan untuk tidak membawa jumlah tukaran wang riyal terlalu banyak bersama semasa berlepas ke tanah suci dari Kuala Lumpur.

Pengarah Operasi (Kewangan) Tabung Haji (TH) Nor Aida Ahmad berkata jumlah paling sesuai untuk dibawa ketika itu adalah sekitar 500 riyal bagi kegunaan jemaah selama beberapa hari selepas tiba, bergantung kepada keperluan mereka.

“Selepas itu jemaah boleh membuat pengeluara­n wang daripada akaun TH masingmasi­ng di kaunter kewangan yang disediakan, di zon penginapan dan maktab-maktab,” katanya ketika ditemui di Pejabat Operasi TH Madinah, di sini semalam.

Bagi tujuan pengeluara­n wang semasa di tanah suci, beliau berkata jemaah hanya perlu membawa tag yang diberikan TH ke kaunter pengeluara­n wang yang telah ditetapkan dan had pengeluara­n bagi setiap jemaah sehari adalah 5,000 riyal.

Semua transaksi, katanya adalah dalam riyal dan kaunter itu tidak menyediaka­n khidmat tukaran wang ringgit ke riyal.

Nor Aida berkata sebanyak sembilan kaunter pengeluara­n wang disediakan di Madinah iaitu empat di Zon satu (Hotel Al Haram), tiga di Zon dua (Hotel Movenpick) dan dua di Zon tiga (Hotel Rowadha Al Aqiq).

Beliau turut memberi jaminan bahawa khidmat kaunter yang disediakan adalah cepat iaitu kira-kira seminit untuk setiap transaksi.

“Seramai 47 petugas disediakan iaitu 40 juruwang; sembilan di Madinah dan 31 di Mekah manakalany­a selebihnya untuk kerja pengurusan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia