Utusan Borneo (Sarawak)

Pelaksanaa­n teknologi pembayaran tanpa tunai MyKasih dikaji: Wan Azizah

-

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mahu pelaksanaa­n teknologi pembayaran tanpa tunai yang digunakan oleh badan bukan kerajaan (NGO) MyKasih dikaji bagi mempercepa­tkan pemberian bantuan dan mengurangk­an kos.

Dr Wan Azizah, yang juga Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berkata kajian itu bertujuan untuk mencari langkah penjimatan melalui proses inovasi untuk mengurangk­an masa melaksanak­an serta usaha meningkatk­an kualiti perkhidmat­an.

“Proses inovasi adalah satu daripada asas perbelanja­an berhemah, memerlukan kreativiti dan pembabitan pemilik proses untuk mengenal pasti peluang-peluang pembaikan, yang mana maklum balas dari pelanggan harus dinilai dengan teliti,” katanya.

Berucap pada perhimpuna­n bulanan KPWKM di sini semalam, Dr Wan Azizah berkata beliau telah meminta Ketua Setiausaha kementeria­n Datuk Dr Rose Lena Lazemi untuk mengkaji pelaksanaa­n teknologi itu.

MyKasih adalah program bantuan amal dan kebajikan pengagihan bantuan tanpa tunai sebagai usaha mengurangk­an beban yang ditanggung oleh golongan miskin bagi membeli barangan keperluan harian menerusi pengecaman cip pada MyKad mengikut had nilai yang ditetapkan.

Timbalan Perdana Menteri pada perhimpuna­n itu menekankan kepentinga­n warga kementeria­n agar tidak dipengaruh­i pertimbang­an politik apabila berurusan dengan rakyat.

“Jangan sesekali menganak- tirikan mana- mana negeri semata-mata kerana tidak diperintah oleh kerajaan Pakatan Harapan. Ini adalah komitmen saya dan saya mahukan semua warga kementeria­n memberikan komitmen yang sama. Marilah kita bersama- sama tumpukan usaha ke arah membina kesejahter­aan rakyat dan negara,” katanya.

Dr Wan Azizah juga menegaskan peluang kenaikan pangkat, penilaian prestasi serta peluang membangunk­an diri tidak akan ditentukan oleh kecenderun­gan dan pilihan politik.

Menyentuh masalah sosial di negara ini, Timbalan Perdana Mnteri berkata kementeria­n juga perlu memikirkan bagaimana membina semula sistem nilai dan semangat kejiranan bagi memperbaik­i dan mengatasi pelbagai gejala sosial.

“Tidak memadai untuk kita membantu rakyat pada peringkat individu mahupun keluarga sahaja. Kita perlu memikirkan strategi yang berkesan untuk memperbaik­i seluruh komuniti. Kita perlu memupuk kembali nilai-nilai dan norma yang dapat membina sokongan dan kawalan sosial tradisiona­l yang akan menjadi pengikat sosial bagi mengukuhka­n komuniti,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERASMIAN: Dr Wan Azizah (tiga kiri) merasmikan Daya Cafe sempena Majlis Perhimpuna­n Bulanan Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Putrajaya, semalam. Turut hadir Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh Tseow Suan (dua kiri) dan Ketua Setiausaha kementeria­n Datuk Dr Rose Lena Lazemi (kiri).
— Gambar Bernama PERASMIAN: Dr Wan Azizah (tiga kiri) merasmikan Daya Cafe sempena Majlis Perhimpuna­n Bulanan Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Putrajaya, semalam. Turut hadir Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh Tseow Suan (dua kiri) dan Ketua Setiausaha kementeria­n Datuk Dr Rose Lena Lazemi (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia