Utusan Borneo (Sarawak)

Jawatankua­sa mula siasatan pertama ke atas Kementeria­n Pertahanan

-

PUTRAJAYA: Jawatankua­sa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan memulakan siasatan pertamanya ke atas Kementeria­n Pertahanan semalam, kata Pengerusin­ya Tan Sri Ambrin Buang.

Beliau berkata jawatankua­sa yang ditubuhkan atas persetujua­n mesyuarat Jemaah Menteri pada 30 Mei lalu itu memulakan tugas siasatan berkenaan atas permintaan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu sendiri.

“Bidang kuasa kita luas, sungguhpun kita telah diminta untuk memulakan siasatan ke atas Kementeria­n Pertahanan, bukan bermakna kementeria­n lain tidak di bawah bidang kuasa ini.

“Kita akan berbincang kementeria­n mana yang lain yang patut kita siasat berdasarka­n maklumat yang disampaika­n kepada kita,” katanya dalam sidang media di sini semalam.

Dalam sidang media itu, Ambrin turut mengumumka­n anggota jawatankua­sa siasatan itu yang terdiri daripada bekas Presiden Institut Akauntan Malaysia Tan Sri Dr Abdul Samad Alias dan bekas Ketua Setiausaha Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Dr Mohd Tap Salleh.

Turut menganggot­ai jawatankua­sa itu, Ketua Pengarah Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara Datuk Dr Anis Yusal Yusoff, bekas Pengarah Audit Jabatan Audit Negara Datin Paduka Ong Swee Leng dan Peguam Bela dan Peguam Cara Dr Zulqarnain Lukman serta wakil Kementeria­n Kewangan Rosli Yaakub yang akan mengetuai sekretaria­t bagi jawatankua­sa itu.

Katanya siasatan jawatankua­sa tersebut akan memberi fokus kepada kes-kes yang mencurigak­an di manamana kementeria­n selain mengesyor langkah-langkah yang lebih baik bagi membasmi ketirisan wang negara.

Sebagai permulaan, katanya jawatankua­sa itu akan memulakan penyiasata­n ke atas beberapa projek di ba- wah kelolaan Kementeria­n Pertahanan.

Ambrin menegaskan penubuhan jawatankua­sa itu tidak akan bertindih dengan tugas Jabatan Audit Negara kerana jabatan itu perlu membentang­kan laporannya di Parlimen manakala hasil siasatan jawatankua­sa itu hanya akan dibentangk­an kepada jemaah menteri untuk tindakan lanjut.

“Penubuhan jawatankua­sa ini dianggap sebagai audit khas yang berbeza dengan audit yang dilakukan oleh Jabatan Audit Negara,” katanya.

Beliau berkata jawatankua­sa itu akan menyediaka­n laporan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kabinet namun tiada tempoh masa yang diberikan kerana ia bergantung kepada proses siasatan.

Ambrin berkata jawatankua­sa itu juga akan memanggil mana- mana bekas menteri atau timbalan menteri untuk membantu siasatan jika ada keperluan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia