Utusan Borneo (Sarawak)

Calon tunggal yang dikemuka untuk memegang jawatan tersebut

-

KUALA LUMPUR: Hakim bersara Datuk Mohamad Ariff Yusof dimasyhurk­an sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat yang kesembilan semalam.

Mohamad Ariff, 69, merupakan calon tunggal yang dikemukaka­n untuk memegang jawatan itu.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengusulka­n pencalonan Mohamad Ariff sejurus persidanga­n Dewan Rakyat bermula pada 10 pagi semalam.

Cadangan itu disokong oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Tiada undi diadakan memandangk­an hanya satu nama dicadangka­n.

Beliau dimasyhurk­an oleh Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Hamzah dengan simbolik pemakaian jubah agung Yang Dipertua Dewan Rakyat dan diikuti istiadat angkat sumpah jawatan.

Mohamad Ariff, yang merupakan hakim Mahkamah Rayuan sebelum bersara pada 2015, terkenal dengan penghakima­nnya yang adil dan tidak memihak antaranya seperti krisis perlembaga­an negeri Perak pada 2009 dan kontrovers­i berhubung kematian pembantu politik DAP, Teoh Beng Hock ketika disoal siasat oleh Suruhanjay­a Pencegah Rasuah Malaysia.

Beliau arif dalam undangunda­ng komersial, perbankan, sekuriti, arbitrasi, perlembaga­an dan undang-undang pentadbira­n.

Sementara itu, anggota Parlimen Batu Pahat Datuk Rashid Hasnon dan Nga Kor Ming (PH-Teluk Intan) dipilih menjadi Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu menerusi undian bersurat.

Rashid dan Nga masingmasi­ng mendapat 171 dan 124 undi, menewaskan calon tunggal yang diusulkan pihak pembangkan­g iaitu Datuk Seri Ronald Kiandee (BN-Beluran) yang hanya mendapat 93 undi.

Pencalonan Rashid dan Nga telah dibuat Dr Mahathir, manakala Kiandee yang pernah memegang jawatan itu pada penggal yang lepas, dicadangka­n oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (BNBagan Datuk). — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KESEORANGA­N: Khairy masih berada di dalam Dewan Rakyat sementara sebahagian anggota parlimen pembangkan­g lain meninggalk­an dewan selepas memprotes pemasyhura­n Mohamad Ariff sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat pada Majlis Angkat Sumpah Anggota Parlimen bagi Persidanga­n Penggal Pertama Parlimen ke-14 semalam.
— Gambar Bernama KESEORANGA­N: Khairy masih berada di dalam Dewan Rakyat sementara sebahagian anggota parlimen pembangkan­g lain meninggalk­an dewan selepas memprotes pemasyhura­n Mohamad Ariff sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat pada Majlis Angkat Sumpah Anggota Parlimen bagi Persidanga­n Penggal Pertama Parlimen ke-14 semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? PIKUL AMANAH: Mohamad Ariff mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat pada majlis angkat sumpah jawatan bagi Persidanga­n Penggal Pertama Parlimen ke-14 semalam.
— Gambar Bernama PIKUL AMANAH: Mohamad Ariff mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat pada majlis angkat sumpah jawatan bagi Persidanga­n Penggal Pertama Parlimen ke-14 semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia