Utusan Borneo (Sarawak)

Tindakan pembangkan­g keluar dewan hanya lakonan curi tumpuan

-

KUALA LUMPUR: Tindakan Ahli Parlimen pembangkan­g yang keluar dewan ketika bermulanya proses pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu semalam dilihat bertujuan meraih perhatian sematamata, kata anggota Parlimen kerajaan.

Anggota Parlimen Seremban Anthony Loke Siew Fook berkata tindakan oleh hampir kesemua anggota Parlimen BN dan PAS pagi semalam dilihat sebagai lakonan bagi mendapatka­n publisiti daripada pihak media.

“Mereka (pembangkan­g) bersungguh-sungguh memboikot semasa upacara pelantikan berkenaan tetapi kemudianny­a mereka masuk kembali untuk mengangkat sumpah. Pada saya ia hanya lakonan untuk menarik perhatian media sahaja,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, semalam.

Ahli Parlimen BN dan PAS bertindak keluar dewan pada awal persidanga­n Dewan Rakyat selepas mempertika­i proses pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Hanya Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin dan Ahli Parlimen Kimanis Datuk Seri Anifah Aman sahaja yang kekal dalam dewan semasa anggota pembangkan­g yang lain bertindak keluar dewan.

Bagaimanap­un, selepas bekas hakim Datuk Mohamad Ariff Yusof diumum sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat yang kesembilan, kesemua Anggota Parlimen pembangkan­g itu masuk semula ke dalam dewan untuk mengangkat sumpah jawatan masing-masing.

Sementara itu, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKM) Eddin Syazlee Shith, yang juga Ahli Parlimen Kuala Pilah, berkata beliau tidak terkejut dengan tindakan pihak pembangkan­g yang mempersoal­kan lantikan Mohamad Ariff.

Menurutnya, proses lantikan Mohamad Ariff sebenarnya sudah diduga dan ia sudah diperkatak­an sebelum majlis angkat sumpah berlangsun­g semalam.

“Mengambil maklum Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roasme Hamzah menjelaska­n bahawa menerusi surat bertarikh (2 Julai 2018), kalau diikutkan sampai hari ini (semalam) sudah cukup 14 hari.

“Pihak pembangkan­g tidak kemukakan sebarang notis meletakkan mana-mana calon mereka, saya lihat itu agenda untuk melengahka­n masa,” katanya.

Ahli Parlimen Pulai Salahuddin Ayub pula menganggap tindakan pembangkan­g itu sebagai warna- warna demokrasi yang sentiasa subur di negara ini.

“Saya dah biasa dengan semua ini, hak demokrasi masing-masing sama ada mahu keluar atau masuk (dewan) selagi ia tidak bercanggah dengan peraturan dewan dan tidak beri tekanan kepada negara.

“Biarkanlah saja mereka tunjuk rasa tidak puas hati. Bagi saya biasa sahaja, tidak ada istimewany­a atau pelik bagi saya,” jelasnya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin pula berkata tindakan pembangkan­g itu sepatutnya tidak wajar berlaku kerana kerajaan sudah pasti mengikut apa yang terkandung dalam peraturan dan perlembaga­an dalam membuat perlantika­n Yang Dipertua Dewan Rakyat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia