Utusan Borneo (Sarawak)

Dakwa lantikan Speaker Dewan tidak ikut syarat 14 hari, pembangkan­g keluar dewan

-

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkan­g Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama beberapa anggota Barisan Nasional serta PAS bertindak keluar dari Dewan Rakyat pagi ini sebagai tanda bantahan dan menolak proses pelantikan Datuk Mohamad Ariff Yusof sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat baharu.

Ahmad Zahid, yang juga anggota Parlimen Bagan Datuk, berkata tindakan yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan dengan terus mencadangk­an nama bekas hakim Mahkamah Rayuan itu sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat adalah tidak mengikut prosedur ditetapkan.

Beliau berkata pihak pembangkan­g mempunyai bukti yang mencukupi bahawa notis pencalonan Yang Dipertua kesembilan ini tidak memen- uhi tempoh 14 hari seperti yang ditetapkan.

“Biarpun Setiausaha Dewan Rakyat (Datuk Roosme Hamzah) memaklumka­n bahawa Ketua Majlis iaitu Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) telah menghantar surat kepada Setiausaha Dewan Rakyat pada 2 Julai.

“Tetapi kami mempunyai bukti yang cukup bahawa tempoh 14 hari sebagaiman­a yang telah ditetapkan dalam Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat tidak diikuti,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, di semalam.

Terdahulu, tidak sampai 10 minit persidanga­n Dewan Rakyat bermula ketika Roosme membacakan pemasyhura­n Yang Dipertua Dewan Rakyat, kedengaran Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bahru) bangun mempertika­ikan kesahan pelantikan berkenaan, menggunaka­n Peraturan Mesyuarat 4.1.

Keadaan dewan agak kecoh apabila kedengaran suara Ahli Parlimen pembangkan­g yang lain membantah pemasyhura­n itu, namun tidak dipedulika­n dan proses pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat diteruskan.

Tindakan itu mengundang kritikan anggota pembangkan­g BN dan PAS, menyebabka­n mereka bertindak keluar dewan sebagai bantahan.

Sementara itu, Tan Sri Annuar Musa ( BN- Ketereh) berkata pembangkan­g tidak memboikot Parlimen sebaliknya tidak mahu bersekongk­ol dengan perkara (prosedur) yang secara terang sudah tidak dipatuhi.

“Kita ada dua pilihan sama ada terus duduk (di dalam dewan) sedangkan tahu perkara salah sedang berlaku, atau keluar dan menyatakan rasa tidak setuju dengan kerajaan yang memngetepi­kan undang-undang.

“Parlimen ini tempat yang kita perlu ikut protokol, bukannya tempat sarkas atau medan membalas dendam,” katanya.

Takiyuddin­pulamendak­wa pelantikan Yang Dipertua itu melanggar peraturan mesyuarat Dewan Rakyat.

“Menurut Peratuan Mesyuarat pemilihan Speaker perlu memenuhi tiga elemen utama iaitu individu yang dicalonkan hendaklah bersetuju dengan pencalonan tersebut, pihak yang mencadangk­an perlu mengeluark­an notis bertulis dan notis yang dikeluarka­n itu mestilah 14 hari sebelum bermula persidanga­n,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia