Utusan Borneo (Sarawak)

220 Anggota Parlimen angkat sumpah

-

KUALA LUMPUR: Seramai 220 daripada keseluruha­n 222 orang anggota Dewan Rakyat mengangkat sumpah pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-14 yang memulakan persidanga­nnya semalam.

Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Ahli Parlimen Pagoh tidak hadir untuk istiadat semalam kerana bercuti sakit selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan baru-baru ini.

Seorang lagi Ahli Parlimen Hafez Musa (BN-Sipitang) juga tidak hadir.

Acara yang berlangsun­g di Dewan Rakyat itu diketuai Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Ahli Parlimen Langkawi, turut mencatatka­n sejarah apabila menyaksika­n negarawan itu kembali ke Dewan Rakyat untuk kali kedua selepas 15 tahun bersara.

Seterusnya, ia diikuti oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku anggota Parlimen Pandan, barisan Jemaah Menteri, Timbalan Menteri, Ahli Parlimen kerajaan, Ahli Parlimen pembangkan­g, Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak serta Ahli Parlimen Bebas.

Persidanga­n Dewan Rakyat kali ini menjadi tumpuan kerana buat pertama kalinya berlaku peralihan kuasa selepas 61 tahun Barisan Nasional ( BN) memerintah negara. Pakatan Harapan yang diketuai Dr Mahathir berjaya membentuk kerajaan Persekutua­n pada Pilihan Raya Umum Ke-14, 9 Mei lepas, selepas menumpaska­n BN dengan memperoleh 116 kerusi Parlimen.

Parti Warisan Sabah yang memenangi lapan kerusi Parlimen pada PRU lepas turut memberikan sokonganny­a kepada PH menjadikan jumlah kerusi dalam genggaman 124 kerusi.

Terdahulu, bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, 69, dipilih dan dimasyhurk­an sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat baharu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia