Utusan Borneo (Sarawak)

Pembangkan­g keluar dewan hanya sandiwara

-

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatka­n tindakan Ahli Parlimen (MP) pembangkan­g keluar meninggalk­an sidang Dewan Rakyat semalam sebagai satu mainan sandiwara.

“Itu sandiwara, berlakon. Buat pertama kali bekas perdana menteri melakukan tindakan keluar meninggalk­an Dewan Rakyat, jadi sekarang beliau tahu apa ertinya bila orang melakukan tindakan keluar (dewan) sebelum ini,” kata beliau merujuk kepada MP Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyertai tindakan keluar dewan itu.

Dr Mahathir ditanya pemberita mengenai insiden itu di lobi Parlmen di sini selepas MP mengangkat sumpah.

Semua, kecuali tiga MP dari Barisan Nasional dan PAS melakukan tindakan keluar meninggalk­an sidang dewan ketika Dr Mahathir membentang­kan cadangan untuk mencalonka­n hakim bersara Mahkamah Rayuan Datuk Mohamad Arif Md Yusof sebagai Speaker.

Tiga yang tidak menyertai tindakan keluar ialah Khairy Jamaluddin (BN-Rembau), Datuk Seri Anifah Aman ( BN- Kimanis) dan Datuk Rozman Isli (BN-Labuan).

MP pembangkan­g itu mendakwa kerajaan Pakatan Harapan tidak mengikut prosedur dalam pelantikan Speaker.

Dr Mahathir juga menafikan dakwaan pembangkan­g bahawa kerajaan telah mengundurk­an tarikh surat pencalonan Mohamad Ariff, dan menyatakan ia telah disiapkan lebih awal.

Mengenai manifesto Pakatan Harapan bahawa Speaker Dewan Rakyat akan dilantik dari kalangan para MP, Dr Mahathir berkata atas sebab tertentu kerajaan tidak dapat memenuhi manifesto sebenar.

Katanya, manifesto lebih merupakan satu panduan.

“Kadangkala kita boleh melakukan sesuatu perkara dan kadangkala tidak, jadi kita perlu berfikiran praktikal.

“Tetapi saya kira orang ramai lebih suka mempunyai seseorang yang tidak ada kaitan dengan mana-mana parti (sebagai Speaker),” katanya. — Bernma

 ?? — Gambar Bernama ?? ANGKAT SUMPAH: Tun Dr Mahathir mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Rakyat pada Majlis Angkat Sumpah Anggota Parlimen bagi Persidanga­n Penggal Pertama Parlimen ke-14 hari semalam.
— Gambar Bernama ANGKAT SUMPAH: Tun Dr Mahathir mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Rakyat pada Majlis Angkat Sumpah Anggota Parlimen bagi Persidanga­n Penggal Pertama Parlimen ke-14 hari semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia