Utusan Borneo (Sarawak)

Memastikan anggota pentadbira­n telus dalam melaksana amanah

-

MELAKA: Semua anggota exco kerajaan negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka dari Pakatan Harapan serta ‘exofficio’ kerajaan negeri perlu mengisytih­arkan harta masing-masing dalam tempoh sebulan, kata Ketua Menteri Adly Zahari.

Beliau berkata pengisytih­aran harta itu penting bagi memastikan anggota pentadbira­n kerajaan negeri telus dalam melaksanak­an amanah dan tanggungja­wab mengikut peraturan yang ditetapkan.

Katanya inisiatif itu juga bertepatan dengan hasrat kerajaan negeri memperkuku­hkan budaya berintegri­ti tinggi untuk menghindar­i perbuatan rasuah serta salah guna kuasa melibatkan barisan kepimpinan tertinggi negeri ini.

“Kita telah memaklumka­n bahawa mereka perlu mengisytih­arkan harta dengan menyerahka­n satu salinan (pengistiha­ran) kepada Ketua Menteri dan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Lafaz dan Menandatan­gani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di sini semalam.

Terdahulu, seramai 17 exco, ADUN dan ex-officio kerajaan negeri menandatan­gani IBR diketuai Adly dan disaksikan oleh Ketua Pesuruhjay­a SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.

IBR yang memberi penekanan kepada ikrar dan janji secara sukarela oleh para kepimpinan organisasi dan warganya bagi menjauhkan diri daripada sebarang perlakuan rasuah

Sementara itu, Mohd Shukri berkata pihaknya masih belum menerima sebarang maklumat berhubung dakwaan bahawa Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menaja pembiayaan perjalanan pegawai polis dari seluruh negara untuk menghadiri perkahwina­n anaknya, baru-baru ini.

“Setakat ini saya tidak terima apa-apa lagi laporan mengenai KPN melakukan salah guna kuasa atau pun rasuah berkaitan majlis perkahwina­n anaknya. Kecuali kita mendapat maklumat yang berasas untuk menjalanka­n siasatan,” katanya.

Pada Khamis lepas, portal Sarawak Report melaporkan

Kita telah memaklumka­n bahawa mereka perlu mengisytih­arkan harta dengan menyerahka­n satu salinan (pengistiha­ran) kepada Ketua Menteri dan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Adly Zahari Ketua Menteri Melaka

bahawa Bukit Aman menghantar undangan kepada pengurusan tertinggi polis di sekitar Asia, yang mana dinafikan Mohamad Fuzi.

Mohamad Fuzi, menerusi satu kenyataan yang disiarkan oleh sebuah portal akhbar berbahasa Inggeris tempatan Sabtu lepas, menegaskan bahawa hanya rakan sejawatnya dari Brunei hadir pada majlis yang diadakan di sebuah hotel di Bandar Utama, Petaling Jaya pada awal bulan ini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? IKRAR: Adly Zahari (dua, kiri) bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Roslan Ibrahim (kiri) dan Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Sukri Abdull melafazkan ikrar pada program Ikrar Bebas Rasuah semalam.
— Gambar Bernama IKRAR: Adly Zahari (dua, kiri) bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Roslan Ibrahim (kiri) dan Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Sukri Abdull melafazkan ikrar pada program Ikrar Bebas Rasuah semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia