Utusan Borneo (Sarawak)

Mohamad Ariff lepas semua jawatan parti sebelum dilantik Speaker Dewan Rakyat

-

KANGAR: Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Perlis sebulat suara menyokong penuh Penasihat Umum parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim dicalonkan sebagai presiden PKR dan berharap jawatan itu tidak dipertandi­ngkan.

Pengerusi MPN Perlis, Mohammad Faisol Abd Rahman juga mahu semua pihak memberikan laluan kepada Anwar untuk menerajui PKR.

Anwar, katanya, bukan sahaja diperlukan untuk mem- impin PKR malah membawa agenda reformasi seluruh rakyat Malaysia sebagai bakal perdana menteri kelapan yang disepakati oleh Pakatan Harapan (PH).

“Keputusan beliau bertanding jawatan presiden pada pemilihan parti tidak lama lagi adalah tepat dan selari dengan kejayaan PKR dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 9 Mei lepas,” kata Mohammad Faizol dalam kenyataan media di sini, semalam.

Mohammad Faisol memin- ta seluruh anggota parti mendoakan Anwar segera sembuh setelah menjalani pembedahan di Istanbul, Turki, baru-baru ini.

Semalam, kesemua empat wakil rakyat PKR di Perlis iaitu Anggota Parlimen Kangar Noor Amin Ahmad, Asrul Nizan Abd Jalil ( ADUN Sena), Gan Ay Ling (ADUN Indera Kayangan) dan Nor Azam Karap (ADUN Kuala Perlis) menyatakan sokongan mereka untuk Anwar dicalonkan bertanding jawatan presiden. — Bernama KUALA LUMPUR: Datuk Mohamad Ariff Md Yusof mengesahka­n telah meletakkan kesemua jawatan dalam Parti Amanah Negara (AMANAH) pada akhir Jun lepas bagi membolehka­n beliau bebas dan berlaku adil dalam menjalanka­n tugasnya sebagai Speaker Dewan Rakyat yang baharu.

Beliau berkata tindakan itu bagi memastikan keputusan yang dibuat sepanjang memegang jawatan tertinggi Dewan Rakyat itu tidak terikat dengan jawatan dalam parti politik yang disertainy­a sebelum ini.

“Semua jawatan itu telah dilepaskan lebih awal daripada 1 Julai, mungkin pada 26 atau 28 Jun lepas atau lebih awal lagi,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam.

Terdahulu, Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir mendedahka­n Mohamad Ariff yang sebelum ini menjadi anggota Majlis Penasihat Pakar AMANAH merangkap pengerusi lembaga disiplin dan tata tertib telah melepaskan semua jawatan beliau itu berkuat kuasa 1 Julai lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia