Utusan Borneo (Sarawak)

Chant persoal kerajaan Pulau Pinang mengenai projek lebuh raya Pan Island Link

-

GEORGE TOWN: Penang Citizens Awareness Chant group semalam mempersoal­kan kepada kerajaan negeri Pulau Pinang mengapa tidak ada perundinga­n awam bagi projek lebuh raya Pan Island Link 1 (PIL 1) yang dicadangka­n.

Penasihatn­ya Yan Lee berkata Laporan Penilaian Kesan Alam Sekeliling (EIA) (Jadual Kedua) bagi projek tersebut yang dipamerkan kepada orang awam tidak mudah difahami kerana rakyat perlu menyemak kira- kira 800 muka surat.

Beliau berkata sebelum ini, kerajaan negeri mengadakan rundingan awam mengenai projek Penambakan Laut Pulau Pinang yang membolehka­n rakyat mendapat penjelasan langsung daripada perunding mengenai projek itu dan ini harus terpakai bagi projek lebuh raya PIL 1 memandangk­an banyak kawasan yang terlibat.

“Terangkan kepada rakyat, berkongsi dengan rakyat dan biarkan rakyat tahu apa yang sedang anda lakukan.Tidak ada apa yang disembunyi­kan. Kita adalah Malaysia baharu sekarang,” kata beliau pada sidang media di sini semalam.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow pada sidang media Jumaat lepas berkata laporan EIA bagi projek lebuh raya PIL 1 kini dipamerkan kepada orang awam selama 30 hari dari 11 Julai hingga 10 Ogos.

Projek lebuh raya PIL 1 akan dilaksanak­an di bawah fasa satu Pelan Induk Pengangkut­an Pulau Pinang (PTMP).

PTMP ialah projek yang diusahakan oleh kerajaan negeri yang menelan kos dianggarka­n RM46 bilion. Ia melibatkan pembinaan terowong bawah laut menghubung­kan sebelah pulau dengan tanah besar, lebuh raya, LRT, monorel serta perkhidmat­an b s di sebelah pulau dan tanah besar.

Sementara itu, seorang penduduk di Jalan Utama (kawasan yang terlibat dengan projek itu), Dalbinder Singh yang turut hadir pada sidang media itu berharap kerajaan negeri dapat membuat satu rundingan yang lebih menyeluruh kepada rakyat terutamany­a penduduk di kawasan terlibat.

Beliau berkata pihaknya tidak membantah usaha kerajaan negeri untuk menaik taraf sistem trafik di negeri itu sebaliknya mahu- kan penyelesai­an yang lebih komprehens­if dan menyeluruh seperti meningkatk­an perkhidmat­an pengangkut­an awam.

“Trafik memang masalah di Pulau Pinang. Kerajaan negeri boleh melabur lebih banyak dalam pengangkut­an awam. Pengangkut­an awam ada potensi yang besar di Pulau Pinang terutamany­a sistem bas. Jadi, saya rasa highway boleh tunggu (pembinaann­ya),” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia