Utusan Borneo (Sarawak)

Menewaskan Croatia 4-2 pada salah satu final paling menarik dalam sejarah di Stadium Luzhniki, Moscow Ahad lepas

-

MOSCOW, Rusia: Perancis meraikan kejuaraan Piala Dunia yang kedua mereka dalam tempoh 20 tahun selepas menewaskan Croatia 4-2 pada salah satu final paling menarik dalam sejarah Ahad lepas.

Kemenangan di Stadium Luzhniki di Moscow bermakna skuad kendalian Didier Deschamps – dengan gandingan pemain muda berbakat dan bintang berpengala­man – memadam kekecewaan mereka tewas pada final Euro 2016 di tempat sendiri.

Bagi Croatia, sebuah negara dengan hanya empat juta penduduk, kekalahan ternyata amat pedih untuk diterima tetapi penyokong mereka tetap meraikan pencapaian terbaik untuk negara mereka yang termasuk kemenangan hebat ke atas Argentina di pusingan kedua dan ke atas England di separuh akhir.

Croatia bermula dengan baik tetapi gol sendiri Mario Mandzukic dan gol penalti dengan semakan video bantuan pengadil (VAR) oleh Antoine Griezmann meletakkan Perancis di hadapan 2-1 pada masa rehat selepas Ivan Perisic mengikat keduduuduk­an.

Gol oleh Paul Pogba dan Kylian Mbappe melengkapk­an kemenangan selesa buat Perancis s sebelum gol lewat at Mandzukic dari ri kesilapan penjaga ga gol Perancis, Hugo ugo Lloris.

Deschamps, yang ang dijulang ke udara ara oleh pemainnya ya ketika mereka meraikan kemenangan an itu, berkata kejuaraan itu “adalah sama besar dan indah” seperti ketika beliau menjulang trofi selaku kapten pasukan pada Piala Dunia 1998, yang dianjurkan di tanahair mereka. “Ada dua perkara yang sama – satu iala ialah 23 pemain ini mem mempunyai satu sejarah sama, tidak kira apa jua berlaku dan jug juga dari sekarang, me mereka tidak akan me menjadi orang yang sam sama kerana mereka ada adalah juara dunia,” kata beliau. “Untuk menjadi juara dunia sebagai pemain bola sepak profesiona­l, tiada apa yang lebih hebat lagi dari itu.”

Deschamps juga mencipta sejarah menjadi orang ketiga yang memenangi Piala Dunia sebagai pemain dan jurulatih selepas Franz Beckenbaue­r dari Jerman dan Mario Zagallo dari Brazil.

“Kami melakukan sesuatu yang hebat, kami mencipta sejarah dan kami akan menikmatin­ya,” kata salah seorang penjaring gol, Griezmann.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menghantar ucapan tahniah dengan segera kepada Perancis di atas “kejayaan hebat” dan juga memuji Presiden Rusia, Vladimir Putin di atas pengan- juran kejohanan, yang beliau gambarkan sebagai “salah satu yang terbaik” pernah dianjurkan.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang duduk bersama-sama dengan Putin di tempat duduk VIP, menghantar tweet “Merci” kepada pasukan.

Putin berkata Rusia boleh berasa “bangga” dengan penganjura­n Piala Dunia dan melihat ia satu kejayaan “dalam setiap aspek”.

Beliau menambah bahawa pengunjung luar yang datang dan membawa kad pengenalan penyokong di Piala Dunia itu, akan mendapat kemasukan tanpa visa ke Rusia sehingga akhir tahun ini.

Suasana lebih kecoh semasa sidang media selepas perlawanan di mana para pemain Perancis menceroboh masuk bilik untuk meraikan kemenangan.

Semasa perlawanan, Croatia menguasai hampir sepanjang permainan dengan 61 peratus kawalan bola tetapi pertahanan Perancis tetap kebal dan mengambil peluang yang ada dengan sepenuhnya.

Namun detik sebenar penentu perlawanan ialah apabila pengadil perlawanan, Nestor Pitana memberikan satu tendangan penalti kepada Perancis selepas bola terkena tangan pemain Croatia setelah mendapat rujukan VAR.

Griezmann kelihatan tenang menyempurn­akan penalti untuk meletakkan Perancis kembali di hadapan selepas Perisic mengikat kedudukan dari satu rembatan kencang, setelah Mandzukic menghadiah­kan gol pembukaan Perancis.

Perancis memulakan kejohanan dengan hambar sebelum mempamerka­n aksi lebih memberangs­angkan di pusingan kalah mati.

Jurulatih Croatia, Zlatko Dalic berkata tuah pasukannya sudah berakhir selepas penalti menerusi rujukan VAR itu.

“Saya tidak mengulas keputusan pengadil tetapi di final Piala Dunia, anda tidak memberikan tendangan penalti seperti itu,” kata Dalic, di mana pasukannya dipaksa bermain sehingga masa tambahan pada tiga perlawanan terakhir.

Tetapi beliau menambah: “Anda tidak seharusnya mengalah, tidak berhenti percaya. Ketika ketinggala­n 1-4, saya masih tidak mengalah. Secara keseluruha­nnya, Croatia bermain dengan baik di sini dan menunjukka­n kekuatan dan kualiti.”

Kapten Croatia, Luka Modric, dipilih sebagai Pemain Terbaik Piala Dunia sementara Mbappe dipilih sebagai Pemain Muda Terbaik.

Penjagagol­Belgium, Thibaut Courtois dinamakan sebagai Penjaga Gol Terbaik dan Harry Kane dari England memenangi anugerah Kasut Emas selaku penjaring terbanyak dengan enam gol. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? JUARA JU DUNIA: Para pemain Perancis menjulang Deschamps (atas) ketika meraikan kejayaan mereka menjuarai Piala Dunia 2018 selepas menewaskan Croatia di Stadiu Luzhniki, Rusia Ahad lepas.
— Gambar AFP JUARA JU DUNIA: Para pemain Perancis menjulang Deschamps (atas) ketika meraikan kejayaan mereka menjuarai Piala Dunia 2018 selepas menewaskan Croatia di Stadiu Luzhniki, Rusia Ahad lepas.
 ?? — Gambar AFP ?? BANGGA: Puluhan ribu penyokong Croatia tetap bersorak dan bertepuk tangan selepas tamat perlawanan di medan utama di Zagreb, Croatia pada Ahad lepas.
— Gambar AFP BANGGA: Puluhan ribu penyokong Croatia tetap bersorak dan bertepuk tangan selepas tamat perlawanan di medan utama di Zagreb, Croatia pada Ahad lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia