Utusan Borneo (Sarawak)

Penyokong tetap meraikan pencapaian terbaik Croatia

-

Z A G R E B , C r o a t i a : Penyokong Croatia yang kecewa tetapi bangga di Zagreb, bersorak dan menangis ketika pasukan mereka tewas 2-4 kepada Perancis pada final Piala Dunia 2018 di Moscow Ahad lepas.

Sebaik sahaja wisel penamat ditiup pengadil, puluhan ribu penyokong Croatia yang berkumpul di medan utama di ibu kota, Jelacic bertepuk dengan suar dan juga mercun dinyalakan.

Penyokong bersorak ketika pemain kelihatan di skrin besar di medan itu, dengan kereta-kereta membunyika­n hon di jalan-jalan.

“Pemain kami memberikan segala- galanya dalam padang, sehingga ke tenaga terakhir mereka,” kata seorang penyokong, Kristijan Strnic, 22.

“Ia adalah perlawanan hebat, seluruh negara berasa bangga dengan pasukan kami, mereka bertarung seperti singa,” kata beliau.

Ketika parti bermula di medan untuk meraikan pencapaian pasukan, seorang penyokong yang jelas kelihatan tidak dapat menahan sebak, merasakan tempat kedua di Piala Dunia “masih sesuatu yang hebat”.

“Saya minta maaf kepada semua golongan muda, pasukan ini membuatkan mereka sangat gembira tetapi mereka memberikan segala-galanya, mereka adalah wira bagi kami,” kata beliau.

“Croatia bola berasa bangga, kami seharusnya memberikan tepukan kepada pemain,” kata seorang pengulas perlawanan, Drago Cosic dari televisyen kerajaan, HRT.

“Sebuah negara bola sepak besar berjaya menewaskan Croatia dengan permainan lebih berpengala­man.

“Satu pengembara­an sudah berakhir,” menurut akhbar Jutarnji List menerusi laman sesawang rasminya.

“( Kylian) Mbappe dan (Paul) Pogba, dengan bantuan pengadil dari Argentina dan VAR, menyebabka­n Croatia terlepas peluang ke syurga (kejuaraan).”

“Croatia hanya satu langkah dari sejarah bola sepak,” kata laman sesawang Index. hr.

“Pemain ini adalah juara dunia bagi kami, mereka mengajar kami tentang hati dan perpaduan,” kata Perdana Menteri Croatia, Andrej Plenkovic, yang turut menonton perlawanan bersama-sama penyokong di zon peminat.

“Kami hidup mengharung­i satu tempoh hebat dan tidak dapat dilupakan untuk seluruh Croatia sepanjang bulan ini,” kata beliau lagi dengan penduduk negara itu hanya sekitar empat juta orang. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia