Utusan Borneo (Sarawak)

KBS bakal berbincang dengan Pacquiao Bagaimana kedua- dua pihak boleh bekerjasam­a memastikan sukan tinju dapat dibangunka­n

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Belia dan Sukan ( KBS) akan mengadakan perbincang­an susulan dengan juara welterweig­ht Persatuan Tinju Dunia ( WBA), Manny Pacquiao mengenai pembanguna­n sukan tinju di negara ini.

Menterinya, Syed Saddiq Abdul Rahman berkata KBS akan membincang­kan bagaimana kedua-dua pihak boleh bekerjasam­a untuk memastikan sukan tempur itu dapat dibangunka­n di Malaysia.

Beliau turut mengucapka­n terima kasih kepada Senator Filipina itu kerana sudi menyumbang­kan peralatan digunakann­ya semasa latihan untuk ‘ Fight of Champions’ yang berlangsun­g di Axiata Arena, kelmarin kepada Malaysia.

“Apabila saya jumpa beliau pada minggu lepas, beliau kata selepas perlawanan itu, beliau akan tinggalkan ring dan infrastruk­tur untuk digunakan oleh rakyat Malaysia. Kami akan bincangkan apa yang akan dilakukan dengan peralatan itu,” katanya kepada Bernama ketika ditemui pada tayangan besar perlawanan akhir Piala Dunia 2018 di Dataran Merdeka, malam kelmarin.

Pada pagi kelmarin, Syed Saddiq bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Fili- pina Rodrigo Duterte, hadir menyaksika­n pertarunga­n tali pinggang welterweig­ht WBA di antara Pacquiao dan juara bertahan, Lucas Matthysse dari Argentina.

Peninju berusia 39 tahun itu yang dikenali sebagai ‘Pacman’ merampas kejuar- aan selepas menewaskan Matthysse menerusi kiraan technical knockout ( TKO) pada pusingan ketujuh di hadapan kira- kira 14,000 penonton.

Pacquiao mengumumka­n bahawa beliau akan menyumbang­kan peralatan tinju itu untuk kegunaan rakyat Malaysia pada sidang media selepas pertarunga­n itu, kelmarin. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MESRA: Syed Saddiq tiba di Parlimen bagi menghadiri Majlis Angkat Sumpah Anggota Parlimen pada Persidanga­n Penggal Pertama Parlimen ke-14 di Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama MESRA: Syed Saddiq tiba di Parlimen bagi menghadiri Majlis Angkat Sumpah Anggota Parlimen pada Persidanga­n Penggal Pertama Parlimen ke-14 di Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia