Utusan Borneo (Sarawak)

Theena memohon perlawanan semula menentang Siddharth

-

KUALA LUMPUR: Peninju profesiona­l Malaysia, R. Theena Thayalan memohon perlawanan semula menentang Siddharth Varma dari India selepas gagal mengekalka­n rekod kemenangan 100 peratusnya di Axiata Arena di sini kelmarin.

Pemain berusia 20 tahun kelahiran Kajang itu hanya mampu seri, selepas mengalami kecederaan di bahu pada pusingan pertama daripada perlawanan enam pusingan.

Susulan keputusan pada pertarunga­n welterweig­ht itu, yang bertindak sebagai perlawanan sokongan Manny Pacquiao-Lucas Matthysse’s ‘ Fight of the Champions’, rekod Theena mencatatka­n lima kemenangan (dua kalah mati) dan satu seri.

“Ini adalah perlawanan terbesar dalam karier saya dan ia satu perlawanan yang bagus. Saya mulakan dengan baik tetapi tidak mampu bertahan kerana tangan saya cedera, jadi terpaksa beraksi secara bertahan saja, Bahu kanan saya terkehel tetapi jurulatih dapat membetulka­nnya semula.

“Kecederaan itu berlaku apabila saya menghayunk­an sebelah kanan saya, dan disambut lawan dengan sikunya, Saya pula kidal tetapi masih boleh bermain dengan kedua-dua tangan. Saya tidak boleh menggerakk­an tangan pertama saya jadi terpaksa bergantung pada tangan kedua saya.

“Saya amat yakin untuk menang perlawanan ini, malangnya tidak mampu kerana cedera. Namun ia satu keputusan yang adil kerana kebanyakan tumbukanny­a mengenai sarung tangan saya manakala tumbukan saya mengenai sasaran,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu.

Theena, yang bercitacit­a mengikuti jejak kehebatan idolanya Roy Johnes Jr, berkata pihak penganjur berjanji untuk satu perlawanan semula selewat- lewatnya 2019. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia