Utusan Borneo (Sarawak)

Stadium Allianz dibayangka­n akan dipenuhi penyokong saksi kelibat Ronaldo

-

TURIN, Itali: Kota Turin dilanda demam Cristiano Ronaldo, yang akan tiba ketika Juventus bersedia untuk memperkena­lkan beliau secara rasmi sebagai pemain Juventus selepas berakhir Piala Dunia 2018.

Jersi Juventus dengan nama “Ronaldo” dan nombor 7, terjual laris sementara 5,000 peniaga di bandar raya di barat laut Itali itu meletakkan poster bertulis “Bem-vindo!” – kata-kata selamat datang dalam bahasa Portugal, negara asal Ronaldo.

Sebuah kedai menjual aiskrim di Turin malah menghasilk­an kon ‘CR7’, dengan ramuan arak ceri Portugal dengan sapuan coklat.

“Penantian sudah berakhir’, tulis akhbar sukan utama Itali, Gazzetta Dello Sport pada hari Ahad men- jelang pengenalan pemain bernilai 100 juta euro sebagai pemain Juventus kepada media sekitar jam 4.30 petang waktu tempatan (Isnin).

Selepas pengesahan pembelian terbesar ini, laporan tersebar ala Hollywood menanti kehadiran bintang terbesar bola sepak dunia itu dengan Stadium Allianz dibayangka­n akan dipenuhi penyokong yang mahu melihat dengan sendiri kelibat pemain yang mencipta banyak sejarah ketika di Real Madrid.

Tetapi pemenang lima kali anugerah Ballon d’Or atau pemain terbaik dunia itu, akan berlangsun­g dalam majlis yang tidak begitu besar selepas mengejutka­n ramai orang dengan kehadirann­ya di Turin pada petang Ahad lepas berbanding pada pagi Isnin.

Beliau akan melengkapk­an sesi pemeriksaa­n perubatan di kompleks stadium sebelum mengadakan satu sidang media.

Ronaldo kemudian akan meneruskan percutiann­ya.

Akhbar la Repubblica melaporkan bahawa beliau akan bertemu dengan rakan sepasukan – yang sudah memulakan sesi latihan pramusim – pada hari yang sama tetapi tidak akan menyertai mereka secara rasmi sehingga lewat bulan ini apabila Juventus memulakan jelajah pramusim di Amerika Syarikat (AS).

Perhatian dari media antarabang­sa menyebabka­n Juventus memindahka­n lokasi biasa untuk memperkena­lkan pemain di bilik mesyuarat pemegang saham ke dewan besar dan cadangan pen- genalan ‘tertutup’ itu tetap tidak menjejaska­n keazaman peminat untuk melihat bintang baharu kelab itu.

La Repubblica berkata seramai 20,000 penyokong akan menyambut Ronaldo di lapangan terbang sebelum penyerang membuat kejutan dengan tiba lebih awal dari jadual.

Juventus berharap kehadiran Ronaldo akan membantu mereka menguasai bola sepak Eropah.

Selepas memenangi kejuaraan Serie A Itali buat kali ketujuh berturut-turut dan memenangi kejuaraan berganda ( bersama- sama Piala Itali) sebanyak empat kali berturut-turut, Juventus masih bergelut memburu kejayaan di Eropah.

Sepanjang tempoh kontrak empat tahun Ronaldo di Juventus yang dilaporkan bernilai sekitar 350 juta euro, satu pelaburan besar selepas bertahun-tahun pengurusan kewangan yang baik, mereka berharap untuk mengaut pulangan besar dari segi memenangi kejuaraan Eropah.

Ronaldo menjaringk­an 120 gol dalam Liga Juara-Juara, lebih banyak dari manamana pemain dalam sejarah pertanding­an dan menang empat dari lima edisi terakhir kejohanan bersama- sama Real Madrid.

Juventus belum memenangi Piala Eropah sejak 1996 tetapi melangkah ke final sebanyak dua kali pada 2015 dan 2017, di mana mereka tewas kepada Barcelona dan juga Real Madrid.

Juventus juga tersingkir dari saingan pada dua musim yang lalu oleh Real Madrid, dengan Ronaldo menjaringk­an dua gol di final 2017 dan menjaringk­an tendangan penalti lewat untuk menamatkan kebangkita­n Juventus di suku akhir musim ini.

“Saya berkata sebagai seorang penyokong, Cristiano Ronaldo adalah satu pembelian hebat,” kata pemain tengah Juventus, Claudio Marchisio Rabu lepas.

Pembelian Ronaldo adalah juga satu cubaan untuk meningkatk­an jenama kelab di dunia dan meletakkan mereka bersama-sama Real Madrid.

Pada satu mesyuarat tahun lepas, Presiden Juventus, Andrea Agnelli menggarisk­an strategi beliau dengan berkata beliau mahukan kelab – yang ketinggala­n jauh di belakang AC Milan dari segi jumlah kejuaraan Eropah – menjadi lebih ‘menyerlah’. — AFP

 ?? — Gambar Bernama ?? RAMAH MESRA: Abdul Azim (dua kanan) dan Presiden Persatuan Sukan Jetski Malaysia (MJSA) Datuk Mohamed Saffian Omar (kiri) beramah mesra dengan tiga atlet jet ski negara (dari kiri) Tee Chen Jet, Brian Chia dan Saifullah Al Aziz Nazar pada perjumpaan bersama atlet sukan jet ski di Tasik Biru Kundang, Rawang semalam.
— Gambar Bernama RAMAH MESRA: Abdul Azim (dua kanan) dan Presiden Persatuan Sukan Jetski Malaysia (MJSA) Datuk Mohamed Saffian Omar (kiri) beramah mesra dengan tiga atlet jet ski negara (dari kiri) Tee Chen Jet, Brian Chia dan Saifullah Al Aziz Nazar pada perjumpaan bersama atlet sukan jet ski di Tasik Biru Kundang, Rawang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia