Utusan Borneo (Sarawak)

Djokovic memenangi kejuaraan Wimbledon ke-4, Grand Slam ke-13

-

KUALA LUMPUR: Chef-deMission (CDM) Malaysia ke Sukan Asia 2018 di Indonesia, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi memberi jaminan isu keselamata­n adalah perkara yang diutamakan untuk semua atlet negara yang bertanding pada temasya sukan terbesar Asia itu, bulan depan.

Beliau berkata isu keselamata­n bukan sahaja tertumpu kepada acara bola sepak tetapi untuk semua atlet yang bertanding dalam sukan masing-masing.

“Kami sudah bersedia terhadap sebarang kemungkina­n dan kami sudah ada beberapa langkah untuk memastikan setiap atlet dapat perlindung­an sewajarnya,” katanya kepada pemberita selepas meninjau sesi latihan skuad skuasy negara di Pusat Skuasy Nasional di sini.

Semalam, skuad bola sepak Bawah 19 tahun (B-19) negara, yang menewaskan Indonesia 3-2 menerusi penentuan sepakan penalti pada aksi separuh akhir Kejuaraan Persekutua­n Bola Sepak ASEAN (AFF) B-19 2018, berdepan detik cemas sejurus tamat perlawanan di Stadium Gelora Delta, Sidoarjo, Indonesia.

Menerusi rakaman yang tular di media sosial hari ini, skuad kendalian ketua jurulatih, Bojan Hodak itu terpaksa berlari memasuki bilik persalinan dengan dilindungi perisai pihak berkuasa tempatan bagi mengelak dari terkena objek keras yang dibaling penyokong tuan rumah.

Sementara itu, Abdul Azim turut berharap Jawatankua­sa Penganjur Sukan Asia Indonesia (INASGOC) dapat mengkaji mengenai isu keselamata­n dengan lebih mendalam selain memainkan peranan untuk memperting­katkan tahap kawalan keselamata­n sepanjang temasya itu berlangsun­g.

“Saya harap isu keselamata­n ini dapat dipertingk­atkan menjelang Sukan Asia 2018 nanti oleh INASGOG dan juga pihak keselamata­n Indonesia.

Sukan Asia sudah pasti bakal mendapat perhatian bukan sahaja seluruh Asia, tetapi juga dunia. Jadi saya berharap peristiwa begini tidak akan berulang,” katanya. — Bernama LONDON, England: Novak Djokovic memenangi kejuaraan Wimbledon yang keempat dan kejuaraan Grand Slam ke13 sepanjang kariernya apabila menewaskan Kevin Anderson dari Afrika Selatan 6-2, 6-2 dan 7-6(7/3).

Djokovic, pemain ranking ke-21 dunia dari Serbia, menambah koleksi kemenangan di sini pada 2011, 2014 dan 2015 untuk menjadi pemain ranking paling bawah sejak Goran Ivanisevic pada 2001, yang muncul juara.

Beliau juga hanya kurang satu kemenangan Grand Slam untuk menyamai rekod Pete Sampras dan kurang empat di belakang Rafael Nadal, pemain yang beliau tewaskan di separuh akhir.

“Ia lebih istimewa kerana ia adalah kali pertama saya boleh mendengar anak saya berkata ‘ayah, ayah’,” kata Djokovic di mana anaknya, Stefan, turut hadir menonton perlawanan itu.

“Saya mahu mengucapka­n tahniah kepada Kevin, beliau mengharung­i kejohanan yang hebat. Beliau tidak bermain di tahap sebenar.

“Pada final pertamanya di Wimbledon, beliau mungkin berasa gemuruh tetapi di set ketiga, beliau mula bermain dengan baik dan saya berasa bertuah kerana saya berjaya menamatkan permainan lebih awal.”

Pada waktu tang sama tahun lepas, karier Djokovic dalam masalah selepas menarik diri di suku akhir kerana kecederaan siku yang memerlukan pembedahan dan memaksa beliau berehat sehingga akhir tahun.

“Ia mudah untuk berkata sekarang. Saya terpaksa percaya dengan semua proses itu, saya terpaksa percaya dengan diri saya sendiri,” kata beliau.

“Saya menjalani pembedahan, berdepan dengan kecederaan serius seperti ini membangkit­kan banyak keraguan. Saya tidak tahu jika saya mampu kembali ke tahap seperti ini untuk bersaing.”

Anderson, pilihan kelapan kejohanan, adalah pemain pertama dari Afrika Selatan yang melangkah ke final dalam tempoh 97 tahun dan memburu impian menjadi pemain pertama dari negara itu yang muncul juara Wimbledon.

Tetapi selepas menghabisk­an 21 jam di gelanggang untuk melangkah ke final, keletihan menyelubun­gi beliau di final walaupun ada mempamerka­n beberapa aksi menarik pada set ketiga.

Kemenangan itu adalah yang pertama untuk Djokovic di peringkat Grand Slam sejak memenangi Terbuka Perancis pad a2016.

Ia juga hadir sebulan selepas beliau mengancam untuk tidak menyertai kejohanan Wimbledon selepas kekalahan mengecewak­an di suku akhir Terbuka Perancis dan kedudukan rankingnya semakin jatuh di tahap paling rendah dalam lebih dari satu dekad.

Anderson memerlukan lima set dan satu mata akhir sebelum menewaskan juara bertahan, Roger Federer di suku akhir.

Beliau kemudian terpaksa bertarung selama enam jam dan 36 minit dalam dua hari untuk menewaskan John Isner di separuh akhir.

Ia tidak mengejutka­n di mana beliau mengalami kekurangan tenaga pada dua set pertama menentang pemain yang hanya tewas sekali enam pertemuan kedua- dua pemain dan ia adalah 10 tahun yang lalu.

Selepas tiba di final dengan melakukan 172 pukulan servis kencang, Anderson hanya mampu melakukan 10 pukulan servis Ahad lepas.

Beliau juga gagal menyempurn­akan sebarang peluang mata pendahulua­n.

“Saya mencuba sedayaupay­a saya. Saya hampir membawa ke set keempat tetapi Novak sememangny­a seorang juara sebenar dalam sukan ini,” kata Anderson. — AFP

 ??  ?? DJOKOVIC
DJOKOVIC

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia