Utusan Borneo (Sarawak)

Chow Kwai Lam meninggal dunia akibat sakit tua

-

KUALA LUMPUR: Bekas ketua jurulatih pasukan bola sepak negara, Chow Kwai Lam meninggal dunia semalam akibat sakit tua.

Chow, 76, menghembus­kan nafas terakhir pada jam 11 pagi semalam di Hospital Ampang Puteri di samping anggota keluargany­a.

“Ayah saya meninggal dengan tenang. Semua anak dan ahli keluarga ada bersamanya,” kata Carey, anak sulung mendiang, ketika dihubungi Bernama semalam.

Menurut Carey, ayahnya dimasukkan ke hospital sejak tiga hari lalu selepas keadaan kesihatann­ya semakin merosot.

Mendiang Chow, pemain bola sepak kebangsaan era 60- an hingga awal 70- an, merupakan bekas ketua jurulatih pasukan Malaysia, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, pasukan bawah 23 tahun Malaysia dan kelab Singapura, Tampines Rovers serta Paya Lebar Punggol. — Bernama MIRI: Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menjulang PialaPusin­ganPengara­hselepas memenangin­ya pada Pertanding­an Badminton Antara Zon JBPM Negeri Sarawak 2018 di sini kelmarin.

Pertanding­an dua hari itu diadakan di Curtin University Malaysia.

Sebanyak sepuluh pasukan bertanding terdiri Ibu Pejabat JBPM Sarawak, Zon Satu Kuching, Zon Dua Samarahan, Zon Tiga Sri Aman, Zon Empat Sibu, Zon Lima Bintulu, dua pasukan Zon Enam Miri, Zon Tujuh Limbang dan Unit Udara Bomba Miri.

Pasukan Pangkalan Udara Bomba Miri muncul juara bagi kategori Terbuka Beregu Campuran Lelaki, Zon Enam Miri meraih naib juara dan tempat ketiga bersama Zon Dua Samarahan dan Zon Empat Sibu.

Bagi kategori acara Beregu Terbuka Pegawai Kanan dijuarai pasukan Zon Enam Miri, Pangkalan Udara Bomba Miri (naib juara) dan tempat ketiga bersama diraih Zon Empat Sibu dan Ibu Pejabat JBPM Sarawak.

Manakala untuk acara berpasukan pula, Ibu Pejabat JBPM Sarawak merangkul juara kategori tersebut, Zon Enam Miri muncul naib juara dan tempat ketiga bersama Zon Empat Sibu dan Zon Enam Miri.

Majlis penutupan dirasmikan oleh Ketua JBPM Zon Enam Miri, Penguasa Kanan Bomba I Law Poh Kiong.

 ??  ?? KAMI JUARA: Pasukan Ibu Pejabat JBPM Sarawak memenangi Piala Pusingan Pengarah JBPM Sarawak.
KAMI JUARA: Pasukan Ibu Pejabat JBPM Sarawak memenangi Piala Pusingan Pengarah JBPM Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia