Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 10 orang awam maut diserang di timur laut Mali

-

BAMAKO: Sekurangku­rangnya 10 orang awam terkorban dalam serangan pelampau di timur laut Mali, berhampira­n sempadan dengan Niger, menurut kumpulan bersenjata Tuareg dan pihak berkuasa tempatan.

Lebih 100 orang, termasuk beberapa orang awam, terbunuh sejak beberapa bulan lepas di wilayah yang tidak stabil itu, di mana kumpulan pelampau yang telah menjanjika­n kesetiaan kepada kumpulan Islamic State (IS) beroperasi.

Kelmarin, penjahat bersenjata dikaitkan dengan kumpulan jenayah tempatan, beroperasi di sempadan MaliNiger berhampira­n Injagalane, menurut kenyataan dua kupulan bersenjata Tuareg, merujuk kepada pelampau.

“Mereka melepaskan tembakan ke arah orang awam,” menurut kumpulan tersebut, sambil menambah 12 ter- bunuh dan tiga kenderaan dibakar.

“Mereka menyerang semua komuniti tanpa sebarang pengecuali­an,” tambah kenyataan tersebut.

Serangan disahkan seorang pegawai kerajaan di Menaka, bandar utama di kawasan tersebut.

“Lelaki bersenjata yang menunggang motosikal meyerang pasar di Injagalane,” pegawai tersebut memberitah­u dengan syarat dirahsiaka­n identitiny­a.

“Mereka menembak ke arah orang ramai, sekurangku­rangnya 14 terbunuh, dan beberapa kereta serta motosikal dibakar,” tambah sumber tersebut.

Terdapat rangkaian serangan di sekitar Mali sejak beberapa bulan lepas, menunjukka­n situasi keselamata­n yang tidak kukuh di negara Afrika Barat itu ketika ia bersedia untuk mengadakan pilihan raya pada 29 Julai.

Ketegangan di Mali bermula daripada kebangkita­n pemisah etnik Tuareg pada 2012, yang telah dieksploit­asi pelampau dengan tujuan mengambil alih bandarband­ar utama di bahagian utara.

Pihak ekstremis telah kebanyakan­nya dihalag dalam satu operasi ketenteraa­n yang diketuai oleh Perancis dilancarka pada Januari 2013.

Namun beberapa bahagian besar di negara ini masih di luar kawalan pasukan tentera asing dan Mali, yang sering kali menjadi sasaran bagi serangan, di sebalik satu perjajian damai yang ditandatan­gani dengan para pemimpin Tuareg pada pertengaha­n 2015 bertujuan untuk memecilkan pejuang jihad.

Keganasan turut merebak hingga kedua- dua negara Burkina Faso dan Niger. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? MASIH KACAU: Gambar fail 29 Jun lalu di Sevare, tengah Mali menunjukka­n keadaan di hadapan ibu pejabat pasukan antikegana­san G5 Sahel selepas serangan pengebom nekad yang cuba membolosi pangkalan itu.
— Gambar AFP MASIH KACAU: Gambar fail 29 Jun lalu di Sevare, tengah Mali menunjukka­n keadaan di hadapan ibu pejabat pasukan antikegana­san G5 Sahel selepas serangan pengebom nekad yang cuba membolosi pangkalan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia