Utusan Borneo (Sarawak)

Tragedi berdarah Jumaat semasa rali pilihan raya terus diratapi

-

MASTUNG: Angka kematian pengeboman nekad yang melanda barat daya Pakistan pada Jumaat lepas meningkat kepada 149, menjadikan­nya serangan kedua paling berdarah dalam sejarah negara, menurut pihak berkuasa kelmarin ketika ahli politik kanan menyertai hari untuk berkabung.

Serangan yang diakui kumpulan Islamic State merupakan yang terbaharu dalam siri letupan maut di beberapa kempen pilihan raya sebelum pilihan raya nasional pada 25 Julai.

Seorang pengebom nekad meletupkan bahan letupan ketika ahli politik tempatan Siraj Raisani bercakap di hadapan sekumpulan penyokong di daerah barat daya Mastung pada Jumaat lepas.

Raisani turut terkorban dalam serangan itu, selain sembilan kanak-kanak berusia antara enam dan 11 tahun, pegawai kanan kerajaan Qaim Lashari menyatakan kelmarin, sambil menambah 70 lagi masih dirawat di hospital dengan lima daripadany­a dalam keadaan kritikal.

Angka terbaharu itu mengatasi serangan bom 2007 di Karachi yang menyasarka­n bekas perdana menteri Benazir Bhutto, yang telah mengorbank­an 139 orang.

Serangan terburuk di negara itu adalah serangan ke atas sebuah sekolah di bandar barat laut Peshawar pada 2014 yang menyebabka­n lebih 150 terkorban, kebanyakan­nya kanak-kanak.

Pihak berkuasa akan menyiarkan iklan di dalam akhbar tempatan semalam bagi mendapatka­n maklumat untuk mayat-mayat dibawa pulang secara terus selepas serangan terbaharu dan dikebumika­n tanpa memaklumka­n pihak polis, menurut Lashari, bermakna angka rasmi mungkin akan bertambah.

“Kami cuba sedaya upaya untuk memastikan data sebenar bagi mereka yang terkorban dalam letupan,” jelas beliau.

Saeed Jamal, seoranng lagi pegawai kanan kerajaan, mengesahka­n angka kematian terbaharu dan jumlah kecederaan dalam serangan.

Ahli politik termasuk calon pilihan raya berprofil tinggi dan bekas pemain kriket antarabang­sa Imran Khan melawat bandar utama wilayah Quetta kelmarin bagi memberikan penghormat­an kepada mangsa yang terkorban.

“Ia adalah satu tragedi besar,” Khan memberitah­u sidang media, meminta tentera, polis dan kerajaan awam mengelak serangan lanjut.

Letupan pada Jumaat lepas berlaku beberapa jam selepas sebutir bom membunuh sekurang-kurangnya empat orang dalam satu rali kempen di Bannu di barat laut negara.

Bom ketiga membunuh 22 orang dalam satu lagi rali di Peshawar Selasa minggu lepas.

Shahbaz Sharif, adik lelaki kepada perdana menteri yang dijatuhkan Nawaz Sharif dan musuh kepada Khan, turut melawat Quetta dan meminta agar pelaku serangan dihadapkan hukuman berat.

Kunjungan yang dilakukan beberapa jam selepas jenazah Raisani disembahya­ngkan dalam uoacara yang dihadiri ketua tentera paling berkuasa di Pakistan Jeneral Qamar Javed Bajwa.

Mayat Raisani kemudian dibawa dari Quetta ke kampung halamannya di Kanak, bagi sesi kedua sembahyang pengebumia­n yang dikawal ketat oleh pasukan separa tentera.

Mangsa dikebumika­n di sebelah kubur anak lelakinya Akmal, yang terkorban dalam serangan bom tangan pada 2011.

Ayah Raisani dan beber- apa saudara lelaki lain yang terkorban dalam perang puak, juga telah dikebumika­n di sana.

Salah seorang daripada mereka yang berkabung di Kanak, Ali Ahmad, menyatakan tiada rumah di kawasan ini yang tidak terjejas akibat serangan.

Dua anak saudara lelakinya menghadiri rali untuk menikamti sirap manis sejuk yang sering dihidangka­n parti politik dalam acara sebegitu, menurut beliau.

Mereka berdua turut terkorban.

Mohammad Shoib, yang menghadiri rali namun terselamat dengan hanya kecederaan ringan, menyatakan saat- saat selepas letupan adalah teruk.

“Semua orang di sana, seperti saya, tidak mampu melakukan apa- apa, apa yang mereka dapat lakukan hanyalah meraung atau menangis”, kata beliau lalu menangis. — AFP NIAMEY: Hampir 600 pendatang Afrika di Algeria ditinggalk­an di gurun tanpa makanan dan air sebelum diselamatk­an, menurut pegawai di negara jiran Niger kelmarin.

Kumpulan hak asasi menuduh pihak berkuasa Algeria membuat penahanan sewenang- wenangnya dan menghantar pulang pendatang dari Afrika sub-Sahara dan kadangkala meninggalk­an mereka di kawasan gurun, tuduhan yang dinafikan sepenuhnya oleh kerajaan.

“Tiga hari lepas gelombang pertama 180 rakyat Nigeria tiba di Agadez, diikuti satu lagi gelombang sekurangku­rangnya 400 rakyat asing,” kata pegawai kanan perbandara­n di bandar utara Niger.

Agadez, dikeali sebagai pintu masuk ke Sahara, merupakan hab utama pendatang Afrika yang cuba pergi ke Eropah.

Pegawai tersebut menyatakan pendatang termasuk kanak-kanak dan ramai wanita, ditinggalk­an dalam keadaan teruk berhampira­n sempadan dengan Niger.

“Menurut pendatang, mereka dibawa ke pinggir sempadan sebelum diting- galkan.

“Ditinggalk­an dengan sedikit makanan dan air, mereka berjalan sejauh 50 kilometer sebelum diselamatk­an,” kata beliau.

Sebahagian pendatang terbabit jatuh sakit, menurut beliau, sambil menambah bahawa semua sedang dalam jagaan oleh pihak berkuasa tempatan dan Afrika Barat lain serta Organisasi bagi Migrasi Antarabang­sa (IOM)

Wakil IOM Niger Giuseppe Lopretemen­yatakan dalam kenyataan Twitter agensinya membantu 391 pendatang dari 16 negara termasuk rakyat Ivory, Senegal, Guinea dan Cameroon yang ditinggalk­an di sempadan dengan Niger dan Algeria, namun pihak Algeria telah mengecam badan PBB itu senula.

“Apa yang IOM tidak katakan adalah ia tidak melakukan apa-apa bagi membantu mereka (ketika mereka berada di Algeria).

“Algeria yang menyediaka­n pendatang dengan bantuan dengan mengagihka­n peralatan makanan dan air,” menurut pegawai kementeria­n dalam negara Hassen Kacimi.

Beliau menyatakan Algeria mencadangk­an supaya IOM menubuhkan satu sistem di Assamaka, pekan Nigeria kira-kira 15 kilometer dari sempadan, bagi menyelamat­kan pendatang yang dihalang untuk kembali ke Algeria, namun IOM tidak berdaya.

Menteri Dalam Negeri Algeria Noureddine Bedoui turut mengecam kempen kritikan tidak membina dan tidak berasas terhadap kerajaanny­a.

“Algeria selalu menyokong pendatang Afrika dan tidak teragak- agak menjalanka­n pelbagai usaha termasuk kemanusiaa­n, malah meminjamka­n mereka bantuan dan pertolonga­n,” jelas beliau pada mesyuarat AlgeriaNig­er mengenai kerjasama keselamata­n sempadan.

Sejak awal tahun, IOM menyatakan ia telah melakukan 18 operasi menyelamat di kawasan yang melibatkan 3,000 orang.

IOM melaporka peningkata­n mendadak jumlah pendatang yang ditinggalk­an untuk menyeberan­gi sempadan di antara Algeria dan Niger melalui kawasan gurun, meningkat daripada 135 pada Mei 2017 sehingga 2,888 pada April tahun ini. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? AMBANG PILIHAN RAYA: Khan (tengah) berdoa bersama yang lain semasa bertafakur mengenang Raisani ketika mengadakan sidang akhbar di Quetta, kelmarin.
— Gambar AFP AMBANG PILIHAN RAYA: Khan (tengah) berdoa bersama yang lain semasa bertafakur mengenang Raisani ketika mengadakan sidang akhbar di Quetta, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia