Utusan Borneo (Sarawak)

25 mangsa terselamat kapal karam dibantu dua kapal nelayan

-

MONTEVIDEO: Seramai 25 mangsa terselamat dalam kejadian kapal Sepanyol yang karam di luar pantai Argentina telah sampai ke tanah besar kelmarin menaiki dua kapal yang menyelamat­kan mereka di lautan yang dilanda ribut, menurut jurucakap tentera laut Uruguay.

Seramai 16 mangsa terselamat, dan mayat seorang kru yang terkorban, tiba di Montevideo dengan kapal nelayan Farruco yang didaftarka­n di Sepanyol, kata jurucakap Kapten Marcelo Etchevers.

Sembilan mangsa terse- lamat lain dari kapal pukat tunda Dorneda yang karam tiba di Puerto Madryn, di Patagonia, menaiki kapal pukat tunda Beagle I.

Etchevers menyatakan mayat lelaki rakyat Peru itu dipindahka­n ke rumah mayat.

Seorang lagi kelasi rakyat Peru masih hilang.

Pihak konsul Sepanyol dan Peru berada di dermaga di Montevideo bagi menyambut kapal Farruco.

Keadaan cuaca yang kurang baik menangguhk­an ketibaanny­a.

Etchevers menyatakan pendakwa raya tempatan akan mengambil keterangan daripada kru.

Dorneda yang berpusat di Montevideo digunakan di laut pada 6 Julai dengan 27 kru, kebanyakan­nya rakyat Sepanyol atau Peru, di samping beberapa kelasi Maghribi dan Indonesia.

Kapal Dorneda karam di perairan bergelora kira-kira 300 batu nautika dari bandat Comodoro Rivadavia di Argentina, di Patagonia.

Kebanyakan kru mampu menyelamat­kan diri dengan rakit keselamata­n atau bot penyelamat.

Tentera Laut Argentina menyatakan Rabu lepas bahawa kejadian yang dipercayai berlaku lewat Selasa atau awal Rabu, mungkin berpunca daripada air yang memasuki kapal di bahagian tangga mudah alih, di mana jala diangkat naik.

Air yang memasuki bilik enjin mungkin memutuskan bekalan tenaga, menjadikan kapal itu tidak dapat dikawal dalam ribut dan memaksa krunya meninggalk­an kapal. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia