Utusan Borneo (Sarawak)

Israel didakwa mendalangi pengeboman di wilayah Aleppo

-

BEIRUT: Sekurangku­rangnya sembilan pejuang prorejim terkorban dalam serangan semalaman di utara Syria dipersalah­kan terhadap Israel, menurut sebuah badan pemerhati semalam.

Media negara Syria menuduh Israel mendalangi pengeboman satu kedudukan tentera di wilayah Aleppo pada lewat kelmarin, dalam apa yang menjadi satu serangan ganjil Israel setakat ini di negara yang dilanda peperangan.

Syrian Observator­y for Human Rights, badan pemerhati perang yang berpusat di Britain, menyatakan mereka yang terkorban termasuk sekurang-kurangnya enam rakyat Syria dan pejuang Iran yang turut ditempatka­n di pangkalan tersebut.

Agensi berita negara SANA kelmarin melaporkan serangan misil berhampira­n sebuah pangkalan udara strategik namun menyatakan tiada kemalangan jiwa.

“Musuh Zionis menyasarka­n misilnya pada salah satu dari kedudukan tentera kita di utara lapangan terbang tentera Neirab, namun kerosakan hanya pada harta benda,” jelasnya, memetik kepada sumber tentera.

Tiada komen lanjut daripad apihak tentera Israel, yang jarang mengesahka­n serangan ke atas sasaran di Syria.

Israel sudah beberapa kali mendakwa tidak akan bertolak ansur dengan kehadiran musuh ketatnya Iran di negara jiran.

Observator­y, yang bergantung kepada satu rangkaian sumber di dalam negara, menyatakan ia telah merekodkan gelombang letupan di sekitar Neirab pada malam kelmarin.

Ia menyatakan bahawa satu serangan misil Israel yang disyaki menyasarka­n kedudukan yang dipegang rejim Syria dan sekutunya di lapangan terbang Neirab dan kawasan sekitarnya.

Serangan udara Israel menyerang kedudukan tentera Syria berhampira­n Damsyik dan di wilayah tengah Homs dan Hama sebelum ini namun jarang berlaku di bahagian utara Aleppo.

Tehran menghantar penasihat tentera bagi membantu usaha Presiden Syria Bashar al-Assad menentang kebangkita­n tujuh tahun terhadap pemerintah­annya. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? MASIH BERPERANG: Asap berkepul dari kawasan bukitbukau di bandar selatan al-Harah, tenggara Quneitra, semasa tentera kerajaan melancarka­n serangan kelmarin.
— Gambar AFP MASIH BERPERANG: Asap berkepul dari kawasan bukitbukau di bandar selatan al-Harah, tenggara Quneitra, semasa tentera kerajaan melancarka­n serangan kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia